Wake Up Project - Obsama

Hasil Suntingan Melalui Photoshop

Segala puji-pujian buat semesta alam. Tuhan pentadbir sekalian alam. Maaf kerana terlalu lama tidak menyumbangkan buah fikiran kerana kesibukan dalam mentadbir urusan dunia, saya tertarik pada satu tajuk berita "Osama bin Laden killing prompts war of words between Pakistan and US" di akhbar guardian.co.uk beberapa hari yang lalu? Osama dah mati? sekadar tersenyum.

Pernah atau tidak kita terfikir, diaman selama beberapa tahun kebelakangan ini kita telah digula-gulakan dengan Karakter Seorang pejuang Islam yang dinamana sebagai Osama Laden atau Ben Laden?. Siapakah Osama bin Ladin? adakah ia wujud? apakah kaitan antara Osama dan Obama. Rasanya persoalan ini merupakan isu lama yang telah pun diperkatakan sebelum ini di kebanyakan blog dan laman web.

Osama dan Obama

Artikel kali ini bukan untuk menyambung cerita osama adalah obama. tetapi sekadar ingin mengajak anda semua berfikir ironinya mereka melakukan perkara serta misi ini. Jika kita imbas pada tahun-tahun yang sudah, ummat islam di gelar sebagai "Pengganas" . Islam dituduh mengajar umatnya keganasan yang melampau dengan melakukan serangan berani mati ke atas WTC dan sebagainya. Tetapi apa yang di lakukan oleh Israel terhadap penduduk palestin tidak sedikit pun dikecam. Walhal mereka melakukan keganasan secara terang-terangan.

"OSAMA" merupakan codename sebuah operasi di bawah tajaan CIA yang telah di arahkan oleh "The False Messiah" untuk mereka laksanakan dalam cubaan melakukan huru hara di dunia. Operasi mereka sangat berjaya dan telah menyebabkan Umat Islam di selar dan di tuduh dengan tuduh-tuduhan keji. Walhal kebanyakan ummat islam tidak pun mengetahui akan perkara ini. Mudahkan mereka memanipulasi dunia? Dimanakan ummat islam untuk membela islam?

Setelah rancangan mereka berjaya kini telah tiba masanya untuk mereka menghentikan Operasi "OSAMA" dengan menyatakan bahawa osama bin laden telah terbunuh walhal karekter Osama tidak pernah pun wujud dan ia adalah hasil ciptaan mereka. Di jangkakan menjelang tahun 2012 ini mereka telah merancang dengan rancangan baru dalam usaha untuk menakluk dunia dengan "New World Order".

Osama? Apakah sumbangan osama pada dunia islam? mengapa dia di sanjung? Adakah kita tidak terfikir mengenai perkara itu? Bangunlah wahai ummat islam, saat itu kian hampir.

Persiapkan dirimu untuk menentang (musuh-musuh Islam) dengan apa jua yang kamu mampu dari segala jenis kekuatan dan pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak ketahui. Sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu belanjakan di jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi. |Q.s An Anfal: 60|

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Elf Coupons