Konspirasi Dunia - Nasa Sangkal Teori Konspirasi Pendaratan Di Bulan


Pada 1979, ketika kali pertama teori ini muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan. Namun, dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus. Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu. Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan. Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi daif. Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini. Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

Penafian sejarah dunia sains AS ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.
“Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio,” kata Bill.
Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil. Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O’Leary berkata:
“Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan.”
Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.
Kini, setelah berabad-abad Teori Konspirasi Pendaratan Angkasawan NASA di Bulan {1} beredar, NASA mula menyiarkan gambar-gambar bukti pendaratan di bulan untuk menghentikan pelbagai spekulasi mengenai sejarah terulung dunia sains Barat itu. {2} Namun, mengapakah begitu lama masa yang diambil oleh NASA?
Dakwaan penipuan pendaratan angkasawan NASA di bulan mungkin timbul setelah tayangan filem James Bond - Diamond Are Forever pada 1971 yang memaparkan satu adegan di mana James Bond (Sean Connery) menceroboh set pengambaran pendaratan angkasawan USA di bulan (milik kerajaan USA) di satu lokasi rahsia mirip Area 51. Ia mungkin menjadi titik tolak kepada kemusykilan terhadap projek NASA ituNamun seperti yang dinyatakan di atas, beberapa kenyataan yang dikeluarkan daripada individu-individu berkaitan seperti menguatkan lagi teori penipuan ini. Berikut adalah gambar (bawah) petikan daripada filem James Bond.
PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAP NASA 
1. Mengapa bendera Amerika Syarikat yang dipacakkan ke bulan berkibar? Jika di permukaan bulan tiada oksigen mahupun udara, dengan kata lain suasana hampagas, bendera itu tidak sepatutnya berkibar.  Memang NASA telah meletakkan satu batang paip horizontal pada bendera tersebut, tetapi ia tidak pula dilengkapi dengan kipas angin untuk membuatkannya berkibaran. Jika hanya diletakkan batang paip, maka bendera itu sepatutnya hanya tegak diam, bukan berkibar seperti ditiup angin. 

2. Tiada kesan hentaman jet modul pendaratan pada permukaan bulan. Sepatutnya ada kesan berlepas dan tapak-tapak kaki angkasawan berdekatannya akan terhapus. Tetapi tapak-tapak kaki di situ masih wujud.

3. Tapak kaki angkasawan tersangat jelas. Sedangkan graviti di bulan tidak kuat. Permukaannya tidak lembab. Tetapi kesan tapak kaki tersebut seolah-seolah permukaan di situ lembab dan tarikan gravitinya kuat. Debu-debu di permukaan bulan dikatakan sangat nipis, tetapi mengapa masih wujud kesan tapak kaki yang dalam dan details?

4. Pergerakan para angkasawan di bulan jika dilajukan filemnya sedikit akan menunjukkan pergerakan yang sama jika mereka di bumi. Bermakna filem yang merakamkan segala pergerakan mereka itu kemungkinan besar telah disunting dengan teknik slow motion.
5. Batu-batu yang dibawa pulang adalah sama dengan batu-batu yang dikumpul pada ekspedisi saintifik ke Antartika.  Ada kemungkinan juga batu-batu itu adalah meteor-meteor yang jatuh ke bumi.
6. Bayang-bayang yang wujud pada subjek-subjek di permukaan bulan seperti yang dirakam oleh NASA kadang-kadang tidak menepati yang sepatutnya berlaku. Contohnya, arah muncul bayang tidak kena dengan arah cahaya matahari. Lagi pun angle kamera yang diambil bukan matahari membelakangi jurugambar. Jika matahari membelakangi jurugambar, logik lah bayang dilihat menuju arah yang berlainan sedikit, kerana perspektif jurugambar dari bayang tersebut.
7. Seolah-seolah mengggunakan tali lutsinar dari atas disangkut pada angkasawan-angkasawan itu yang kadangkala dapat kelihatan dalam video rakaman NASA.
8. Suasana angkasa ketika di permukaan bulan (seperti dakwaan NASA) adalah hitam gelap pekat. Tetapi mengapa tidak kelihatan langsung bintang? Sedangkan atmosferanya bukan seperti bumi, yang ketika matahari memancar terik di atas langit jadi biru. Tetapi alasan aperture kamera dan tetapan-tetapannya untuk mengelakkan over expose mungkin munasabah.
9. Pencipta kamera untuk misi ke bulan itu, Jan Lundberg juga mengakui hairan melihat keadaan gambar-gambar yang diambil oleh angkasawan NASA. Dengan hanya cahaya bersumber dari matahari, tanpa flash kamera, mustahil wujud pencahayaan seperti yang dirakamkan. Dengan beberapa bayang-bayang wujud ditempat yang salah. Dan bagaimana kamera yang disangkut ke dada angkasawan itu, boleh merakam gambar-gambar yang jelas dan kemas, sepertimana diambil oleh jurugambar professional.
10. Bagaimana pula mereka boleh menjawab persoalan-persoalan yang timbul - video-video di bawah dan lain-lain yang membuktikan bahawa pendaratan manusia di bulan itu adalah satu hoax / penipuan?

Konspirasi Dunia - Bukti Penglibatan Manusia Disebalik Tsunami


Ketika artikel Konspirasi Dunia Tsunami 2004 disiarkan {1}, ada segelintir pembaca yang mengatakan bahawa semua yang berlaku adalah tertakluk dibawah kuasa Allah SWT. Tidak dinafikan, tanpa keredhaan-Nya, tidak akan bergerak walau setitik pun air dilaut. Tetapi lupakah anda (atau tidak tahu langsung) bahawa kerosakan di bumi akibat perbuatan tangan (kerja) manusia telah dinyatakan secara jelas dalam Surah ar-Rum ayat 41. Rasulullah SAW juga telah memaklumkan kepada kita mengenai insiden bencana dan petaka akhir zaman, lebih daripada 1400 tahun dahulu - (1000 tahun lebih awal).

Daripada Abdullah bin Hawalah :
"Rasulullah SAW meletakkan kedua tangannya diatas kepalaku lalu berkata; "Wahai Ibn Hawalah jika engkau melihat perselisihan telah turun di atas bumi yang telah disucikan (Palestin) maka dekatlah gempa, bencana dan masalah-masalah besar dan Hari Kiamat saat itu lebih dekat dengan manusia daripada dekatnya kedua tanganku ini dari kepalamu." {2}
Bencana dan genpa hari ini bukanlah satu fenomena semula jadi semata-mata. Ia juga sebenarnya adalah satu tindak balas alam terhadap sikap 'tidak peduli' manusia serta sikap rakus dan tenggelamnya manusia dalam ke'fasad'an dan maksiat. Allah SWT menyebut di dalam firma-Nya bahawa, berlakunya kerosakan itu adalah sebagai satu akibat daripada tindakan dan sikap manusia. 
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). {3}
Penulis buku Fitnah 2012 : Konspirasi Galaktik telah menemui beberapa maklumat bahawa bencana seperti gempa, ribut taufan, tsunami dan banjir besar berpunca daripada penemuan sejenis senjata berskala besar yang lebih hebat daripada 'mass destruction' yang kita ketahui seperti bom atom mahupun bom nuklear. Senjata yang dimaksudkan adalah berasaskan kepada sistem HAARP Technology. 
"The $30 million [Pentagon] project, euphemistically named HAARP (High-Frequency Active Auroral Research Program), is made to beam more than 1.7 gigawatts (billion watts) of radiated power into the ionosphere -- the electrically charged layer above Earth's atmosphere. Put simply, the apparatus is a reversal of a radio telescope -- just transmitting instead of receiving. It will 'boil the upper atmosphere'. After [heating] and disturbing the ionosphere, the radiations will bounce back onto the earth in for form of long waves which penetrate our bodies, the ground and the oceans."


Terjemahan : "Projek $30 juta [Pentagon], dinamakan HAARP (High-Frequency Active Auroral Research Program) dibuat untuk dipancar (dengan kekuatan) lebih 1.7 gigawatts (billion) dengan kuasa radiasi ke arah ionosfera - lapisan elektrik yang dicaj di atas atmosfera bumi. Untuk mudah difahami 'apparatus' adalah timbal balik daripada menerimanya. Ia akan menghangatkan lapisan atas atmosfera. Setelah (dipanaskan) dan mengubah (kestabilan) ionesfera, radiasi akan memantul balik ke arah bumi dalam bentuk gelombang yang tegar sehingga menghentam tubuh kita, tanah dan lautan." {4}
Keupayaan persenjataan HAARP ini boleh mengakibatkan kemusnahan total atmosfera bumi. Sekaligus ia juga mampu membawa kemusnahan dalam bentuk gempa bumi. Ia seumpama gelombang mikro yang dapat merobek objek tanpa dapat dikesan oleh penglihatan mata kasar.

Keterangan lanjut boleh di baca di laman web http://www.cuttingedge.org/news/N1624.cfm iaitu sebuah laman web himpunan kajian para pastor yang dibuat berdasarkan fakta bagi menentang tumbuhnya gerakan 'pra-Illuminati' dan 'anti-Christ' yang kini sedang berusaha menguasai gereja di Amerika Syarikat. Oleh kerana artikel ini khusus untuk penganut Kristian, maka kata-kata Spiritual mereka mestilah di-abai-kan. Bagi tujuan membuktikan global warming adalah kerja manusia, lihat juga artikel bertajuk Final Proof Is Now Conclusive! dan Global Warming Is Now Proven To Be Caused by Human Being!. {5}

Manusia yang rakus dan tamak untuk mendominasi dunia sanggup melakukan apa sahaja walaupun memusnahkan khazanah alam ini. Diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Abdullah :
"Menjelang terjadinya kiamat akan terjadi perubahan (bentuk) rupa (bumi), penenggelaman bumi (gempa) dan hujan batu." {6}
Apa yang pasti, ada juga pihak yang sangsi tentang semua hal ini. bencana datang bersilih ganti, bahkan semakin kerap sejak akhir-akhir ini. Kita buntu mencari jawapan sehingga tergamak menyalahkan Tuhan. Mereka lupa bahawa Allah SWT telah memberi amaran awal bahawa bencana dan kemusnahan dunia adalah akibat daripada tangan-tangan manusia. Ia juga menjadi sebahagian daripada rancangan jahat para konspirator untuk menimbulkan rasa cemas dikalangan manusia.
"Can you imagine what will happen if Los Angeles is hit with a 9.0 quake, New York City is destroyed by a terrorist-planted atomic bomb, World War III breaks out in the Middle East, the banks and stock markets collapse, Extraterrestrials land on the White House lawn, food disappears from the markets, some people disappear, the Messiah presents himself to the world, and all in a very short period of time? Can you imagine? The world power structure can, and will if necessary, make some or all of these things happen to bring about the New World Order." ["Behold A Pale Horse"., p. 177-8] {7}


Terjemahan : "Dapatkah anda bayangkan apa akan terjadi jika Los Angeles dilanda gempa bumi berukuran 9.0, kota New York hancur akibat bom atom serangan pengganas, Perang Dunia Ketiga meletus di Timur Tengah, sistem perbankan dan pasaran saham merudum, makhluk angkasa mendarat di perkarangan Rumah Putih (Washington), bekalan makanan tidak dapat ditemui dipasar-pasar, ada dikalangan manusia yang hilang (diculik), penyelamat memunculkan dirinya di persada dunia dan semua ini akan terjadi (dalam tempoh terdekat) bagi menjayakan kemunculan Tata Dunia Baru."
Kata-kata ini ditulis pada 1995, manakala tarikh tragedi 9/11 (11 September) adalah pada tahun 2001. Maknanya sudah ada dikalangan orang tertentu yang telah terlebih dahulu tahu mengenai kejadian ini. Dalam lain kata, ia sudah dirancang bagi meletuskan huru-hara dan perang. Terbukti, sejurus selepas itu tentera Amerika dan sekutunya menyerang negara Islam Afghanistan dan Iraq. Lihat hadith-hadith Nabi SAW mengenai rancangan jahat Yahudi-Zionis disebalik kerahan tenaga tentera Amerika Syarikat dan sekutunya dalam memerangi dunia Islam.
"Saat (kami) sedang duduk-duduk bersama Abdullah bin Amru bin ash-Mustaurid al-Qurasyi, dia berkata ; "Penulis mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "(Menjelang) saat terjadinya kiamat, bangsa Romawi adalah bangsa yang paling besar jumlah penduduknya." Mendengar hal itu, Abdullah bin Amru mencelah "Apakah yang cuba engkau sampaikan ini?" Mustaurid menjawap, "Aku hanya mengatakan apa yang benar-benar aku dengar langsung daripada Rasulullah SAW." {8}
Rasulullah SAW bersabda :
"Hitunglah enam hal menjelang terjadinya kiamat..."(lantas Baginda menyebut antaranya): "Kemudian perdamaian antara kalian dengan Bani Ashfar (Romawi), lantas mereka mengkhianati kalian, mereka menyerang kalian di bawah 80 bendera, setiap bendera mengandungi 12000 tentera." {9}
Kronologi perang akhir zaman juga ada disebutkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalm bentuk atsar. Ia dipetik daripada kalam sahabat Rasulullah SAW yang mulia, Abu Hurairah :
"Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal." {10}
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu. {11}

2012 Koleksi Ramalan Yang Gagal


Berikut adalah ramalan hari kiamat yang ternyata tidak benar. Ada peramal yang menyebut tahunnya sahaja dan ada juga yang menyatakan tarikhnya secara spesifik, malah termasuk masanya :
  1. Charles - seorang paderi Kristian dari Amerika Syarikat (AS) kiamat berupa terbakarnya bumi akan terjadi pada 12 September 1945, pada jam 5:33 pagi.
  2. Charles Laugheda - seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang amat dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954.
  3. Ada pihak yang pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, jam 1:45 petang disebabkan ledakan bom bawah tanah milik AS. Ekoran ramalan itu, ada orang yang menghasilkan perahu di gunung.
  4. Ahli astrologi India meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12:05 hingga 12:15 tengah hari.
  5. Kultus Gereja Orang Denmark Orton Dan Anders Jensen meramalkan kiamat akan terjadi pada 25 Disember 1967, iaitu dalam bentuk perang nuklear. Ramalan itu mendorong yang berkenaan membina tempat perlindungan bawah tanah.
  6. Pada akhir tahun 1976, Pat Robertson meramalkan kiamat akan berlaku pada bulan November atau Oktober 1982. Dalam siaran The 700 Club pada Mei 1980, dia menyatakan, "Saya yakin pada akhir tahun 1982 akan menjadi hari penghakiman di dunia."
  7. Leland Jensen and Chales Geynza daripada kultus Baha'i meramalkan pada 29 April 1980,  dunia akan kiamat akibat perang nuklear. Mereka kemudiannya membina tempat perlindungan di pergunungan AS.
  8. Marina Tsvigun, Mary Davy daripada kultus White Brothers (kultus orang Ukraine-Rusia) mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa dan meramalkan dunia akan kiamat pada 10 November 1993.
  9. Sheldonp Nidla, seorang peramal dari AS meramalkan dunia akan kiamat pada  17 Disember 1996, disebabkan kemunsulan makhluk asing dan para malaikat.
  10. Chelyabinsk meramalkan bumi akan dilanggar komet seterusnya kiamat pada 1998.
  11. Alexei Priyme, seorang penulis dan ahli astrlogi dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada 19 Julai 1999.  Apabilaia tidak berlaku, dia mengubah ramalannya pada 7 Julai 2002 jam 3:00 pagi.
  12. Kontakterov Ozersk dari rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada Oktober 1999 akibat ledakan supernova.
  13. "imam mahdi" Syamsuri pernah meramalkan 9 September 1999 adalah hari kiamat. ratusan orang diajak ke tempat pertapaannya bagi menyambut kiamat pada jam 9:00 pagi (waktu tempatan). Sebelum sempat ramalan itu terungkap (tidak menjadi), dia ditangkap oleh pihak polis. Dia kemudiannya dihukum penjara 11 bulan. Apanila ramalannya terbukti meleset, dia memberi alasa, "Kiamat tetap akan berlaku dalam waktu yang terdekat". Itu sebabnya selepas dibebaskan dari penjara, lelaki dengan 15 orang cucu itu mengusahakan kebun limau di belakang rumahnya.
  14. South Korean Church Semona Che and Park meramalkan Nabi Isa akan turun buat kali kedua pada 28 Oktober 1992, dan disusuli dengan kiamat pada 6 Disember 1999, 6 petang.
  15. Hieromonk Arsene, orang Romania yang mengaku dirinya seorang Nabi meramalkan kiamat akan terjadi pada 11 Ogos 2002, jam 4:00 pagi. Dia menasihatkan semua pengikutnya supaya berlindung di Gunung Athos. menurut Arsene selepas 3 hari 3 malam, hanya mereka yang suci disisi Tuhan akan diselamatkan.
  16. Mangapin Sibuea, seorang paderi Kristian dari Bandung Selatan Indonesia yang mengaku dirinya adalah rasul meramalkan pada 10 November 2003 (antara pukul 9 pagi hingga 3 petang), Nabi Isa akan turun dan membawa anggota kultus itu ke syurga. Akhirnya pihak polis dan Team Crisis Centre membawa lebih daripada 200 orang pengikut kultus itu ke Gereja Tabernakel Lengkong Bandung bagi mengelakkan kegiatan membunuh diri beramai-ramai.
Pelbagai contoh ramalan kiamat diatas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh kiamat secara tepat. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui waktu bila kiamat akan tiba. Bahkan Nabi Muhammad SAW selaku Utusan Terakhir sendiri tidak mengetahuinya.

Berita - UFO Mothership (English)



A video  showing a “UFO mothership” and a “fleet” of alien spacecraft has gone viral.
“UFO Mothership & Fleet Over London” has been viewed almost a million times after being uploaded on June 26 and is ranked second on YouTube’s “most watched today charts.”
The video begins with shaky footage caused by what can be assumed to be the person behind the camera running down the street to where a group of people stand filming the sky on their mobiles. The camera then turns upwards, where three shining dots can be seen passing through the sky.



The circular dots then return several times before a similar larger shape appears, hovers for a short while then disappears at speed. In the background a man can be heard saying “There’s a UFO up there.”
The video was first uploaded June 24 by YouTube user alymc01, who despite being a member since 2007 appears to only have this video and a duplicate of it on his or her channel; the video that has gone viral is a re-post of that footage by user EllasVirgo.



The video has received some mainstream press coverage in addition to mentions on blogs specializing in UFOs. While no marketing company has yet come forward to claim responsibility for the footage, a number of similar videos have appeared on YouTube over the past few days, including


UFO Mothership & Fleet Over London:


UFOs Tower Bridge:


UFO June 2011:

Konspirasi Dunia - Transformers Dark Of The Moon

Sebelum ini kami pernah menyiarkan Transformers and New World Order.{1} Dalam artikel tersebut, sedikit sebanyak subliminal messages telah berjaya dikupas dan didedahkan. Mungkin ada diantara peminat siri filem ini akan menanggap bahawa ianya sesuatu yang 'gila'. Namun, apa salahnya jika anda membuka minda anda supaya 'sesuatu' yang lebih jauh boleh anda fahami.

TRANSFORMERS DITERBITKAN PRODUKSI YAHUDI

Filem ini diterbitkan oleh Paramount Pictures {2} dan DreamWorks Pictures{3}. Paramount Pictures adalah sebuah studio filem gergasi Hollywood yang banyak menghasilkan filem-filem box-office seperti Indiana Jones, Iron Man dan Kung Fu Panda. Syarikat ini dimiliki oleh Viacom Company iaitu sebuah syarikat hiburan terbesar milik seorang Yahudi, Summer Murray Redstone {4}. Manakala, Dreamworks Pictures pula telah diasaskan oleh Steven Spielberg, Jeffrey Katzenberg dan David Geffen ; juga Yahudi.

SHIA LABEOUF SEORANG YAHUDI

Pemilik kepada nama Shia Saide LaBeouf ini dilahirkan di Los Angeles, California pada 11 June 1986. Sebelum namanya melonjak dengan filem Transformers, dia telah muncul dalam siri terbitan Disney Pictures, bertajuk Even Stevens selain pernah tampil dengan filem debut seperti Holes dan Distributia. Dia juga pernah membuat penampilan dalam beberapa buah filem dengan watak kecil seperti filem I Robot.{5}
Shia LaBeouf adalah seorang berketurunan Yahudi.{6} Pandangannya berkaitan agama sedikit mengelirukan. Ini berdasarkan kenyataannya bahawa religion never made sense to him, dia juga mendakwa personal relationship with God that happens to work within the confines of Judaism. Apakah yang dimaksudkan sebagai Tuhan (God) oleh Shia? Adakah dia merujuk kepada Lucifer (Tuhan Cahaya)? Jika ya, ini menguatkan lagi teori kemungkinan Shia LaBeouf adalah pengamal Kabbalah sepertimana selebriti kelas A Hollywood yang lain, Ashton Kusher, Keira Knightley, Madonna dan Gwyneth Paltrow.{7}

MESEJ TERSIRAT DALAM MV LINKINPARK IRIDESCENT

Bermula dengan single pertama bertajuk What Ive DoneNew Divide, kini Linkin Park selaku official band untuk filem Transformers tampil dengan lagu berjudul Iridescent. Jika dibandingkan music video (mv) pertama, kedua dan ketiga, kita boleh lihat filem ini seolah-olah semakin ke arah kegelapan. Dalam mv Iridescent, kegelapan ini semakin tertonjol, mungkin juga kerana ini adalah filem terakhir siri Transformers, maka pengakhiran siri filem ini agak termasonic, sesuai dengan penantian 'mereka' dengan Perang Armageddon yang dinantikan.{8}
|Video dimulakan dengan paparan unsur all seeing eyes|
|...and another immediately after...|
|blinded peoples dan The Hidden Hand ; merujuk kepada majoriti pengduduk bumi
sekarang yang secara tidak sedar dikawal oleh The Hidden Hand dan golongan elit|
|salah satu daripada beberapa simbol all seeing eyes dan piramid|
|...lagi piramid dan sebelah kiri kelihatan blinded people's yang merujuk
kepada majoriti populasi penduduk bumi|
|seseorang yang sedang menantikan sesuatu - diatas kelihatan
seperti mahkota ; adakah ia merujuk kepada penantian Messiah (Dajjal) mereka yang menanti untuk ditabalkan sebagai Raja setelah Haikal Sulaiman berjaya dibina?|
|tiang Masonic (Jachin dan Boaz)?|
|The Last Supper - Notice how Mike Shinoda is in the centre, where
Jesus is supposed to be...|
|Alas, Mike with one eyes meaning he is representing Lucifer instead of Jesus|
|The snake which Mike holds throughout the video. We all know what the symbolizes|
|Winged dics - juga terdapat dalam filem pertama Harry Potter|
|...lagi konsep all seeing eyes digunakan oleh pengarah MV|
|Mike (or Lucifer) on his throne with horns, snake and illuminati pyramid|
|Di bawah piramid (dibaca ; simbol Illuminati) kelihatan seorang lelaki
(kemungkinan merujuk-Lucifer) mengawal manusia|
|...dan tentunya, lagi simbol all seeing eyes ditampilkan sebagai penutup MV|

Berikut adalah petikan lirik Iridescent :
"And in a burst of light that blinded every angel
As if the sky had blown the heavens into stars
You felt the gravity of tempered grace
Falling into empty space
No one there to catch you in their arms"


Secara keseluruhannya, siri filem Transformers ini sememangnya mempunyai banyak mesej separa sedar. Nampaknya seperti, individu belakang tabir filem Transformers kini semakin menampakkan taringnya.

Kebenaran Islam - Umat Kristian Akan Memeluk Islam Di Akhir Zaman

“Isa ibn Maryam akan turun di ‘Menara Putih’(Al Mannaratul Baidha’) di Timur Damsyik”. |HR Thabrani dari Aus bin Aus|

Turunnya Nabi Isa a.s di akhir zaman nanti akan merubah banyak perkara terutamanya mengenai fahaman agama Kristian. Baginda akan menjadi pemimpin dunia dan akan membawa penganut agama Kristian kembali kepada Islam dengan menyatakan bahawa baginda adalah seorang Muslim dan menganut agama Islam. Baginda akan memperbetulkan kembali fahaman mereka yang telah lama di sesatkan oleh kuncu-kuncu The False Messiah. Baginda akan memberitahu bahawa mereka juga perlu mengikuti agamanya kerana mereka mengikutinya. Maka mereka semua akan menjadi Muslim pada Akhir Zaman. Ini adalah antara peristiwa yang paling menakjubkan pada Akhir Zaman. Pertama ialah kedatangan Imam Mahdi a.s., kedua ialah kepulangan Nabi Isa a.s., dan ketiga ialah dominasi Islam di dunia. Kesemua perkara ini pasti berlaku di abad ini.

“Sekelompok dari ummatku akan tetap berperang dalam dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat,sehingga turunlah Isa Ibn Maryam ,maka berkatalah pemimpin mereka (Al Mahdi): “ Kemarilah dan imamilah shalat kami”. Ia menjawab; ”Tidak, sesungguhnya sebagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada ummat ini (ummat Islam)”. |HR Muslim dan Ahmad|

Sebagaimana yang anda sedia maklum, Nabi Isa a.s. berasal dari bangsa Yahudi dan diturunkan untuk berdakwah kepada mereka. Ketika itu baginda menyebarkan dakwah menggunakan kitab injil yang menyeru kaum baginda menyeru Tuhan yang satu, iatu Allah S.W.T. Di akhir zaman baginda akan memperbetulkan kembali fahaman penganut agama Kristian yang selama ini ditipu oleh kuncu-kuncu The False Messiah, bahawa tiada utusan terakhir selapas baginda. Kini baginda akan mengajak penganut agama Kristian kembali kepada Islam. Nabi Isa a.s. akan bertanya sama ada mereka beriman kepadanya atau tidak? Jika mereka beriman maka mereka wajib menuruti perintah Al-Quran serta mempercayai bahawa Rasulullah S.A.W merupakan utusan yang terakhir dan Nabi Isa a.s bukanlah anak Tuhan ia hanya utusan Allah.


“Demi yang diriku berada ditanganya, sesungguhnya Ibn Maryam hampir akan turun di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang adil, maka ia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menolak upeti, melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mahu menerima pemberian dan sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya” |HR.Bukhari, Muslim,Ahmad,Nasa’I,Ibn Majah dari Abi Hurairah|

Kita akan menunggu kepulangan Nabi Isa a.s. Apabila baginda kembali, hati mereka akan dilapangkan. Pada ketika ini, mereka sudah pasti akan risau melakukan sesuatu yang menyalahi ajaran baginda dan tidak dapat menghindari kebimbangan psikologi tersebut. Namun hati mereka akan lebih terbuka apabila Nabi Isa a.s sendiri yang memberitahu akan perkara ini. Baginda akan berkata, “Lihat, akulah nabimu, Al-Quran itu benar, agama yang dibawakan oleh Nabi Muhammad S.A.W itu juga benar, aku telah menganutinya dan kamu juga perlu mengikutinya, dan seluruh Umat Kristian akan menerima Islam.

Sesungguhnya tiada dari kalangan Ahli Kitab melainkan akan beriman dengannya (Nabi Isa a.s) sebelum matinya, dan pada hari Kiamat dia akan menjadi saksi kepada mereka |Q.s An-Nisaa: 159|

“apabila Umat Kristian dan Islam sedia untuk bersatu”
Kesemua kesangsian akan terhapus dan umat Kristian akan memeluk dan menerima Islam. Namun mereka juga mengharapkan Nabi isa a.s akan memberi pengesahan tentang perkara ini. Mereka berharap baginda memberitahu
“Ya, kamu harus menjadi seorang Muslim; aku juga seorang Muslim dan kamu harus mentaati Al-Quran.”
Umat Kristian yang beriman kepada Nabi Isa a.s tidak akan membantah malah melakukan perkara ini kerana taat kepada Nabi Isa a.s. Namun mereka akan merasa senang apabila Nabi isa a.s. sendiri yang mengkhabarkan perkara tersebut.


Janji Allah pasti berlaku pada semua hambanya, semua yang bernyawa pasti akan mati, begitu juga Nabi Isa as. . Setelah menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman, Allah SWT. akan mewafatkan Nabi Isa. Hanya Allah SWT saja yang tahu bila dan dimana Nabi Isa akan diwafatkan. Setelah wafatnya Nabi Isa as. dunia kemudian akan mengalami kiamat. Wallahu a’lamu bishowab.

Kebenaran Islam - Pengaruh Israiliyyat Terhadap Aqidah Umat Islam Bahagian. 4

Terdapat sebahagian daripada kisah-kisah Israiliyyat yang boleh menyebabkan kekeliruan dan mengganggu kemurnian ajaran Islam. Antara kisah-kisah tersebut ialah yang berbentuk dongeng dan khurafat, yang bersalahan dengan akal dan syarak. Kisah-kisah ini boleh mengakibatkan kesan berikut;

1. Dalam Israiliyyat terdapat unsur penafian terhadap sifat maksum para anbiya’ dan mursalin dan menggambarkan mereka menolak kelazatan dan kenikmatan pemberian Tuhan kepada kekejian dan keaiban yang tidak layak bagi manusia biasa, sebagai anugerah Tuhan kerana dilantik menjadi nabi. Sebagai contoh apa yang digambarkan oleh kisah Israiliyyat tersebut terhadap apa yang menimpa Nabi Allah Ayub a.s.

2. Israiliyyat hampir-hampir menghilangkan kepercayaan umat Islam terhadap sebahagian ulama salaf dari kalangan sahabat dan Tabi’in. Bukan sedikit dongeng Israiliyyat yang disandarkan riwayatnya kepada segolongan daripada salafus salih yang terkenal dengan kepercayaan orang dan keadilannya. Mereka juga terkenal di kalangan orang-orang Islam dengan tafsir dan Hadith. Antara yang ditohmah ialah Abu Hurairah, Abdullah bin Salam, Ka’ab al-Ahbar dan Wahab bin Munabih.


3. Israiliyyat juga hampir-hampir memalingkan manusia dari tujuan asal penurunan al-Quran dan melalaikan mereka daripada meneliti dan memahami maksud ayat-ayat al-Quran, lalai daripada mengambil manfaat dan iktibar, serta nasihat-nasihat yang terkandung di dalamnya atau membahaskan tentang hukum-hukum yang terdapat di dalamnya. Memalingkan mereka kepada perkara sia-sia yang tiada kebaikan padanya. Contohnya membahaskan warna anjing Ashabul Kahfi dan namanya, tentang tongkat Nabi Musa a.s., daripada pokok apakah ianya dibuat, tentang nama budak kecil yang dibunuh oleh Khidir dan sebagainya.

Inilah antara kesan terhadap aqidah umat Islam dan juga terhadap kesucian ajaran Islam hasil daripada riwayat Israiliyyat. Kaum Yahudi berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merosakkan aqidah umat Islam dan melemahkan kepercayaan mereka terhadap pegangan suci mereka terhadap al-Quran dan al- Sunnah. Mereka juga berusaha untuk menggoncang kepercayaan umat Islam terhadap Salafussoleh yang telah berperanan untuk memikul risalah umat Islam dan menyebarkannya ke setiap penjuru Timur dan Barat. Oleh itu, umat Islam seharusnya memberi perhatian dan mengambil berat terhadap penyerapan Israiliyyat dalam tafsir-tafsir dan menghapuskannya.
|al-Dhahabi 1990: 29-34|

Kebenaran Islam - Pengakuan Orang-Orang Barat Terhadap Imam Mahdi



Di dalam post kali ini, kita akan lihat pengakuan orang-orang barat terhadap Imam Mahdi.Agenda Yahudi yang Kesembilan (untuk memusnahkan umat Islam): Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak.


Montgomery Watt

seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:
“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”
Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.

Taraf Presiden atau Perdana Menteri hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.



David Ben Gurion

Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata:
“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”
Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahwa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.

Jelaslah bahwa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.

Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?


The Mahdi by A J Quinnell

A. J. Quinnell, seorang novelis Barat telah menulis sebuah novel bertajuk The Mahdi.

Di dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa besar ini akan bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai tujuan jahat mereka terhadap umat dan negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.

Wallahualam.

Kajian hadis - Siapakah Imam Mahdi?

SEJAK dahulu hinggalah ke hari ini masalah siapakah sebenarnya AI-Mahdi tidak henti-henti menjadi perkara yang diperbahaskan. Akibat daripada itu, terdapat setengah golongan umat Islam yang cuba mengandaikan seseorang sebagai Al-Mahdi. Sementara setengah pihak pula (Ahlu Sunnah WaI Jamaah) tidak menetapkan seseorang sebagai Al-Mahdi, sebaliknya men­yerahkan perkara tersebut kepada urusan Allah SWT. Apa yang penting bagi kita ialah yakin akan kemunculannya sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.

Bagi menjelaskan siapakah sebenarnya Ai-Mahdi, marilah kita merujuk kepada kitab-kitab para ulama Islam yang mu’tabar dan diakui kesahihannya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil Mahdi Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami, At-Tawadhihu Fl Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan Al-Allamah As­Syaukani, Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari dan banyak lagi kitab-kitab lainnya yang menerangkan secara jelas tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana yang disebutkan oleh hadits-hadits Rasulullah SAW.

Kitab-kitab tersebut menerangkan bahawa nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah sementara gelarannya pula ialah Abu Abdullah. Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,

“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya ­Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SA W. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”

Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.

Di dalam kitab Naqdul Manqul m.s 8O pengarang kitab tersebut memetik kenyataan lbnu Qayyim Al-Jauziyah, “kebanyakan hadits-hadits menunjukkan bahawa Al-Mahdi adalah anak dari Sayidina Hassan bin Ali.”

Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu Daud), memetik kenyataan Al-­Hafiz Imanuddin yang menyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali.
|sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382|

Tersebut di dalam kitab Hasyiah As-Sabban ms 137, bahawa riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Al-Hussin adalah terlalu lemah. Sementara di dalam kitab Al-Iza’ah m.s 147 riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan AI-Hussin bin Ali adalah dha’if.

Terdapat juga hadits-hadits yang menyatakan bahawa Al-Mahdi dari keturunan Al-Abbas bin Abdul Muttalib. Maka para ulama hadits menghimpunkan hadits yang berlawanan. Iaitu hadits-hadits yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali adalah sah dan hadits yang mengatakan AI-Mahdi dari keturunan Al-Abbas dan Al.Hussin adalah dha’if. Ini adalah sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh Al-Hafiz Abut Hassan Ad-Darqatni.

Hadith mengenai Al-Mahdi:

1. Dari Jabir bin Abdullah ra katanya ; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : "Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isya bin Maryam AS dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isya menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT ke atas umat ini (umat Islam) .
|Hadtih riwayat Muslim.|

2. Dari Ali bin Abu Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari ahlul bait, Allah membawa kebaikan dengannya dalam satu malam.
|Hadith riwayat Imam Ahmad.|

3. Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman.
|Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.|

4. Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis.
|Hadith riwayat At-Tabarani.|

5. Dari Aishah ra katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : "Al-Mahdi itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku spt aku berperang atas wahyu".
|Hadith riwayat Na'im bin Hammad|

6. Dari Said bin Al-Musaiyab dari Ummu Salmah yang berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari keturunanku dari anak cucu Fatimah".
|Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani dan Al-Hakim|

Namun, tidak terdapat hadits yang menyebut mengapa AI-Mahdi dinamakan Al-Mahdi, tetapi terdapat dua atsar sahabat dalam hal ini. Abdullah bin Syuzab berkata,

“Sebab ia dinamakan Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan satu gunung di gunung negeri Syam. Ia mengeluarkan dari gua gunung tersebut lembaran-lembaran kitab Taurat. Al-Mahdi berhujah melawan orang-orang Yahudi menggunakan kitab tersebut dan mereka akhirnya kalah. Maka salah satu kumpulan orang-orang Yahudi memeluk Islam.” Atsar ini diriwayatkan oleh Al-Hafiz Ad-Dani dalam Sunannya.

Daripada Ka’ab bin Alaqamah berkata,

“Sebab dinamakannya Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan pada suatu perkara yang telah hilang, dia mengeluarkan peti dari negeri Antakiah (peti berisi lembaran kitab Taurat dan lain-lain). Diriwayatkan oleh Na’im bin Hammad dalam kitabnya Al-Fitan.

Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerang­kan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari berbagai-bagal negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.

Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.

Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:

1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.

2. Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.

3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan

4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur

6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam

7. Zahir kelam pada langit.

8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.

9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.

10. Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).

11. Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh alhi bumi danipada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.

12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).

13. Zahir banyak gempa bumi.

14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke­tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.”
|Lihat Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah|

Setengah-tengah ulama’ telah menamakan tokoh-tokoh tertentu sebagai Al-Mahdi. Al-Mahdi yang mereka maksudkan ialah pemimpin-pem­inipin Islam yang adil selepas Rasulullah SAW. berpandukan hadits Rasulullah SAW,

“Tetaplah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa Ar-Rasydin Al-Mahdi (yang mendapat petunjuk).
|Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi|

Berpandukan hadits ini maka para ulama Ahli Sunnah Wal Jammah ada yang menentukan seseorang sebagai Al-Mahdi, tetapi bukanlah sebagai Al-Mahdi Muntadzar sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW yang muncul di akhir zaman.

Hassan Ibrahini Hassan dalam kitabnya, Tarikhul Islam jüzu’ I m.s 407 menyebut dengan panjang lebar akan masalah ini dan menjelaskan, “Bahawa Al-Mahdi yang dikatakan oleh beberapa ulama’ di dalam kitab-kitab mereka ada beberapa orang itu bukanlah Al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman.”

Al-Imam Ahmad Hanbal sendiri pernah menyebut, “Bahawasanya Umar bin Abdul Aziz tidak |sila lihat kitab Naqdul Manqul ms 78-79|

Golongan Syiah yang berpendapat bahawa Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari sebagai Al-Mahdi juga tidak menyebutnya sebagai Al-Mahdi Muntadzar yang muncul di akhir zaman. Sebaliknya mereka menyebutnya sebagai Al-Mahdi yang akan memimpin mereka atas kebenaran dan kebajikan. |sila lihat kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II ms 382|

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Elf Coupons