Konspirasi Dunia - Bulan Sabit dan Bintang Lambang Islam?


Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan dahsyatnya pada zaman sekarang? Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita.
Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
“Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Al-Baqarah 102
Berdasarkan ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda semua kaitkan? Buka mata, buka hati. Insya Allah anda akan dapat mengungkaikan puzzle ini. Setelah kewafatan Rasullulah s.a.w dan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin, umat Islam sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor 1, yang telah sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w.
Siapakah yang dimaksudkan itu?
Sudah tentulah Dajal/The Antichrist dan konco-konconya!

 

Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu?
Adakah Rasullulah s.a.w dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini?
Ohhh, semestinya tidak!
Sabda Rasullulah:

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri.

Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama.
Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God).
Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.
Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang.
Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason!
Ini ialah simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Diambil dari Grand master terakhir Khingt Of Templar iaitu Jacques DeMolay.
Di lukisan purba Freemason!
Di Lodge Freemason!
Jata Kerabat Diraja Poland
Jata negara Croatia
Kita selalu pening memikirkan “Kenapa umat Islam susah nak BERSATU” bukan? Sejak kejatuhan institusi khilafah Uthmaniah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya!
Acapkali kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu fatamorgana yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh Dajjal melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?
Tiada satu mata pun dikalangan Muslim yang mengetengahkan ehwal ini lantaran apa? Remeh? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul?
JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), & TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.
Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???
Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.
Al-Hijr 39-40
Lihatlah di sekeliling kita sekarang di masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam, lambang apa yang digunakan? Seolah-olah diagungkan lambang itu. Jika kita lihat sekarang, di kebanyakan masjid mempunyai lambang ini. Lambang ini sebenarnya adalah dari Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk menyelewengkan akidah umat Islam menyembah Allah yang satu.
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
Yusuf 106
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
Yusuf 108
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Al-Baqarah 120
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
Al-Imran 100
Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).
Al-Baqarah 109

Crocs




Kebelakangan ni isu logo produk alas kaki berjenama, Crocs (tm) yang menyerupai kalimah Allah menjadi semakin hangat setelah komen ringkas daripada seorang ustaz merangkap pemilik laman saifulislam.com mengatakan perkara ini hanyalah sebagai andaian kita dan logo ini hanya secara kebetulan. Ada yang menyokong pendapat tersebut dan ada pula yang sebaliknya.


Adakah ini perancangan musuh Allah dalam mengotori kalimah suci ini? Allahua'lam.

Apa itu Crocs?
Bagi yang tidak mengenali produk ini, jenama Crocs sudah menjadi salah satu alas kaki yang popular kerana ciri-cirinya yang selesa, mudah dipakai dan memberi perlindungan kepada kaki melebihi selipar jepun (ada sesetengah yang panggil dengan gelaran selipar jamb@n) atau nama modennya, flip-flop. Dengan kata lainnya, Crocs juga boleh dianggap sebagai selipar jepun/selipar jamb@n era moden.



Keraguan.
Seperti yang telah saya nyatakan pada awal tadi, logo Crocs menjadi hangat kerana menyerupai kalimah Allah. Saya yakin disebabkan perkara ini ada berlaku perselisihan faham dalam kalangan kita tak kira dimanapun kita berada kerana sebahagian daripada kita ada yang memakainya dan ada yang tidak. Dalam isu ini terdapat dua keraguan yang muncul ; 1) logo Crocs yang menyerupai kalimah Allah dan 2) Crocs secara keseluruhannya adalah salah satu taktik Yahudi dan Nasrani dalam menyumbangkan duit kepada pembunuhan umat Islam serata dunia.

Dalam isu pertama, hanya logo Crocs (bukan pada keseluruhan alas kaki tersebut)yang menjadi tanda tanya sama ada logo tersebut termasuk dalam rancangan Yahudi dan Nasrani dalam menghina Allah yang maha Mengetahui itu benar atau tidak. Hal ini tidaklah dapat kami pastikan secara mutlak. Kita sebagai umat Islam dipertanggungjawabkan untuk mengelakkan segala jenis keraguan yang hadir. Timbulnya keraguan pada logo itu telah membuatkan perlunya kita untuk menghilangkan logo tersebut daripada alas kaki kita.

Crocs sebagai penyumbang kewangan kepada pembunuhan umat Islam sedunia juga adalah satu keraguan kerana masih belum terdapat bukti kukuh diketengahkan. Keraguan muncul pada hasil keuntungan mereka dan bukan pada produk mereka. Apa yang ingin ditekankan disini adalah anda masih boleh memakainya kerana jika hal ini adalah benar, anda telahpun melakukannya dibawah pengetahuan anda dan perkara ini tidak salah dan tidak boleh diulangi semula. Bermakna jika anda memilikinya, anda berhak memakainya selagi logo yang menjadi keraguan itu tidak terdapat padanya (logo telah dikikis). Jika anda tidak memilikinya, anda perlulah mengelakkan diri daripada membeli bagi mengelakkan anda membayar harga bunuh diri anda sendiri. Namun diingatkan sekali lagi, perkara ini masih menjadi keraguan kerana masih belum terdapat sebarang bukti kukuh padanya.

Umat Islam mesti mengelakkan diri daripada keraguan kerana daripada satu keraguan, muncul pula keraguan pada perkara lain. Dalam hal ini contohnya, seandainya telah terbukti benar mereka menyumbangkan hasil keuntungan kepada operasi pembunuhan umat Islam sedunia, kita perlulah mengelakkan diri daripada membelinya. Mereka yang telah lama membelinya pada pendapat saya boleh meneruskan pemakaian alas kaki tersebut namun diragui pemakaian tersebut menjadi iklan penarik minat untuk orang lain pula membelinya. Maka jika terbukti perkara ini benar kelak, elakkanlah daripada memakai sebarang jenis alas kaki yang sama bentuk dengannya sama ada asli, cetak rompak mahupun hanya pada bentuk (tiada sebarang logo tersebut padanya) kerana boleh menarik minat orang lain dalam memiliki yang produk Crocs yang asli.

Allahua'lam. Ini hanya pandangan seorang anak muda yang belum mencecah umur puluhan tahun. Sebarang kesilapan harap ditegur dan dibetulkan. Harap anda dapat fahami mesej yang ingin disampaikan saya melalui penulisan ini sebelum memberi sebarang komen mengenainya. Dan diharapkan juga penulisan saya tidaklah terlalu memutarbelitkan pemikiran anda untuk memahaminya. =]
-wanariefimran-

Konspirasi Bola Sepak Dunia


Sebelum anda terus membaca artikel ini saya berharap supaya anda membuka fikiran anda seluasnya. Tujuan saya terbitkan artikel ini adalah untuk mencerahkan apa yang sebelum ini gelap dan diikuti oleh ramai dari kita semua tanpa mereka sedari. Semoga apa yang dipaparkan akan membuka minda anda. Dan apa yg kami paparkan bukanlah tertakluk kpd beberapa contoh yg kami berikan saja. Contoh yg selebihnya, anda carilah sendiri. Kami menunjukkan jalan, anda yg perlu melaluinya atas usaha anda sendiri. Selamat Membaca!

image image

Manchester United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepak tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain yang handal serta sumber kewangan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan Italy), di pentas benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia hatta di Malaysia juga.
Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (mind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, Malcom Glazer merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).

image
Malcolm Glaze
Kedua-dua kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja.

image

Kedua-dua kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal. Lambang mata satu ini juga terdapat pada not USD 1, matawang Amerika Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:

image

image
perhatikan garis hijau yg membentuk mata dan perkataan united dibawahnya. United under the one eye?/bersatu dibawah mata satu? 
image
image
the one eye of Ra, the Sun God (the all-seeing eye)


Pada logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang ‘garfu’ yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan. Dua garisan merah di atas dan bawah logo dusatukan oleh dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan membenteuk sebiji mata yg dikatakan oleh pengkaji konspirasi sebagai mata Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan Matahari bagi masyarakat Mesir Purba.

Pada logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima NOMBOR 13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13 merupakan angka yang melambangkan ‘angka sial’ bagi masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bintang berbucu 5 yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.


image

image


Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagaiMAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. 

Contoh:
M=13 A=1 N=14 U=21

1+3+1+1+4+2+1=13

Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.

E dan R
E=5, R=18

18-5=13
N,C,H,E,S,T
N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20

1+4+3+8+5+1+9+2+0=33 

No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 33, menyembah syaitan dalam ritual mereka.

AC Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan jelas mengambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang tersebut tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya pada bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib Knight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knights of Templar dan salib Kristian:

Salib Templar

image

Salib Kristian
image



Salib Templar di Logo AC Milan
image


Knights of Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang menyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Mereka merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran Kabbalah, ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knights of Templar juga adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden.

Pada logo berkenaan jiga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai tahun penubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya jikalau 1 dan 8 ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan digabungkan dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666yang mana angka 666 adalah angka ‘Lambang Raksasa”, Mark of Beast atau angka kejahatan. Pada logo AC Milan juga jikalau salib berkenaan disifatkan sebagai X dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat di sebelah X berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka13 juga terpakai pada logo ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan jikalau dimainkan nombornya:
A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13,13 dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan.

image
Secara umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan sanggup berbelanja lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan melepak di kedai makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka.

image
Lagi sedih, ada yang memakai tanduk ala ‘Devil’ semata-mata menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup menghabiskan masa terluang semata-mata menonton pasukan kesayangan mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang mata sehinggakan terlepas solat Subuh akibat menonton perlawanan larut malam. Dajal lebih mengetahui diri kita lebih dari kebanyakan dari kita tahu dan dia menggunakannya untuk melemahkan kita. Dan dia menggunakan kelemahan kita ini untuk merosakkan jiwa kita tanpa kita sedar.
Adakah ini yang mahu anda jadikan sebagai pujaan? Sedarkah kita semua menghabiskan banyak duit dengan membeli jersi-jersi yang mempunyai lambang-lambang mereka ini? Tidak kurang mereka yang memakainya ketika solat. Mereka sesungguhnya tidak akan berputus asa menjauhkan kita dari maha pencipta, Allah s.w.t. Dan sedarkah anda sepanjang anda menyokong, memuja mereka anda telah memuja syaitan dan telah menduakan Allah?


Tidak diakui lagi? Lihat persamaan ketara ini pula:
image
Bukankah muka SETAN di logo Man U hampir sama dengan muka Baphomet dan pentagram tersebut? Lihat bagaimana ‘dia’ tersenyum kepada kita yg menyokong dia.

image
Bagaimana pula dgn yg ini? Adakah ini gambar singa seperti yg anda fikirkan? Adakah ini singa jantan? Tidak. Ini adalah seekor singa betina kerana singa jantan mempunyai ‘mahkota’ iaitu rambutnya dan singa di logo Chelsea ini tidak. Kenapa singa betina? Kerana ini :

image
Ini adalah Firaun ‘singa betina’ Tefnut. Inilah apa yg diletakkan didada kita sebenarnya. Bukan seekor singa garang spt yg mulanya kita fikirkan.


image
Checkered floor


image


image

Masonic/Kabalistic Moon and Star

image
Fleur-de-lis, symbol kerajaan-kerajaan lama eropah terutamanya Perancis dan juga symbol kpd Priory of Sion
image
priory of sion

image

Mahkota diatasnya yg mempunyai salib adalah sama seperti St Thomas’ Cross yg menjadi symbol St Thomas Christians (Nasrani Menorah)
Selama kita memakai PAKAIAN MEREKA selama itulah kita membawa gambar firaun, iblis, syaitan dan keturunannya dan lambang-lambang lain yg memuja mereka

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. 
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". 
Al-Hijr 39-40

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".
Muhammad Bin Abdullah


Fikirkan semula!

image

Thanks to:
Muz & Fad
Regards,
image

edited by,
image


P/s: First ak nk ckap, ak x berniat nak menghina,mengutuk, atau mengejek kelab kesukaan korang nih. Kelab kesukaan ak Liverpool, bukan sebab ak sebarkan bende nih bab tak ade konflik kelab kesukaan ak kt sini, ak memang dh tau lame dh..tapi inilah yang dikatakan kebenaran. Aku sekadar mengeSHARE jek..Manchester United,Chealsea memang pasukan yang hebat..ak kagum..Liverpool kalah pon ak tak kesah..lagipun adat kan..buat ape nak gadoh? semua tu amalan SYAITAN, kita  x patot ikut..yang menyusahkan diri kite gak kan?..pkir baik2 lar..Dajjal semakin hampir, pengikut2 nye pon dh ramai..diorang pon dah banyak mempengaruhi kite dengan teknologi zaman sekarang nih smpai lupe smbahyang..pesanan ak dekatkan lah diri kite dengan Allah selalu dan
bertaubatlah jika sesiapa yg telah melakukan dose..

-Ak  x berniat nak tunjuk bagos dan baik..tapi kalau korang rajin search kat google pon bnyak kuar article psal Konspirasi Dajjal ni..
So ak hrap korang tak marah ak lar coz ak sekadar share jek dan ingin bukak mate umat islam supaya tak tertipu lgi psal2 perkara2 mcm nih..

Jika terkasar bahasa, saya minta maaf yek!! =]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Elf Coupons