Teori Evolusi Yang Karut




Saya tertarik hati dengan sebuah buku bertajuk keajaiban ciptaan Allah hasil penulisan Harun Yahya. Banyak perkara yang diketengahkan di dalam buku ini tentang keajaiban alam dan salah satu perkara yang menarik perhatian saya ialah berkenaan teori evolusi. Evolusi?.. Apa itu evolusi?

menurut buku ini, teori evolusi merupakan mereka yang tidak mempercayai Allah mempunyai pandangan lain dan mereka yang mempercayai teori ini digelar penyokong evolusi. Tidak lain tidak bukan individu yang memperkenalkan teori ini ialah Charles Darwin. Darwin telah hidup 150 tahun dahulu dan dia tidak mempercayai Allah yang telah menjadikan semua hidupan. Menurut beliau, segalanya berlaku dengan sendirinya dan secara kebetulan. Logikkah???.. Beliau beranggapan hidupan telah berubah bentuk kepada hidupan lain dan dengan cara inilah semua hidupan terbentuk. 

Charles Darwin

Para penyokong evolusi mempercayai bahawa atom-atom (bahan kecil yang membentuk benda hidup dan benda mati) telah bercantum secara kebetulan. menurut cerita Darwin, atom-atom ini telah bercantum untuk membentuk sel. Setiap hidupan terdiri daripada sel. Sel-sel bersatu untuk membentuk mata, telinga, darah dan kesimpulannya, seluruh tubuh kita dan sel-sel ini sangat kompleks. Jadi mustahil sesuatu yang begitu kompleks terbentuk daripada atom-atom yang bercantum secara tidak sengaja.

Di dalam sebuah sel, ada pengilang, pengangkut bahan-bahan, pintu masuk dan keluar, pusat penghasilan, pembawa pesanan, pusat kawalan tenaga dan lain-lain. Apakah mungkin sebuah kilang terbentuk dengan sendirinya?. Sudah tentu tidak tetapi para penyokong evolusi percaya sel-sel ini terbentuk secara kebetulan. Dakwaan para penyokong evolusi juga mendakwa manusia berkembang daripada beruk dan beruk adalah moyang manusia. Sebenarnya, tujuan mereka mengemukakan teori ini adalah untuk menjadikan manusia lupa bahawa Allah yang telah menjadikan mereka. Jika manusia percaya bahawa mereka terbentuk secara kebetulan dan moyang mereka adalah beruk, mereka tidak akan merasa tanggungjawab terhadap Allah. Sebenarnya, Allah menjadikan manusia. berbanding dengan hidupan lain, manusia merupakan satu-satunya makhluk yang dapat bercakap, berfikir, gembira, membuat pilihan dan Allahlah yang telah memberikan sifat-sifat ini kepada manusia.


Muslihat evolusi

Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil spesies beruk yang telah pupus seolah-olah mereka adalah kepunyaan makhluk separuh manusia dan separuh beruk. Tidak ada satupun makhluk separuh manusia dan separuh beruk pernah wujud. Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil manusia kepunyaan bangsa-bangsa berbeza seolah-olah ia adalah fosil-fosil kepunyaan makhluk separuh manusia separuh beruk. terdapat manusia yang berasal daripada kumpulan-kumpulan etnik ini seperti bangsa Afrika, cina, orang Indian Amerika, Turki, dan banyak lagi. Sudah tentu manusia yang berasal daripada kumpulan etnik yang berbeza kadang kala mempunyai ciri-ciri berbeza. Para penyokong evolusi menggunakan perbezaan di antara bangsa-bangsa ini dan kita sebagai cara untuk menipu masyarakat. Misalnya mereka menyatakan, apabila mereka menemui fosil sebiji tengkorak Neanderthal, "ini adalah tengkorak moyang manusia yang telah hidup beribu-ribu tahun dahulu." kadang kala fosil tengkorak yang ditemui lebih kecil berbanding dengan saiz tengkorak manusia pada hari ini. Berpegang kepada tengkorak ini, para penyokong evolusi berkata "pemilik tengkorak ini berada pada tahap perubahan daripada seekor beruk kepada seorang manusia." Sebenarnya, hari ini pun terdapat manusia daripada kumpulan etnik berbeza mempunyai tengkorak lebih kecil berbanding tengkorak yang maju. contohnya ujuran tengkorak bangsa Aborigin (orang asli Australia) adalah sangat kecil, tetapi ini tidak bererti mereka makhluk separuh manusia dan separuh beruk. Mereka adalah manusia biasa sama seperti manusia lain. 

Bukti manusia tidak berasal daripada beruk
Para pakar sains telah menemui osil-fosil manusia yang hidup dahulu kala, fosil-fosil ini tidak menunjukkan sebarang perbezaan dibandingkan dengan manusia hari ini, Tambahan pula, era ketika manusia ini hidup adalah era yang para penyokong evolusi dakwa manusia belum wujud. mereka mendakwa, pada zaman dahulu, hanya beruk wujud. 
contohnya di dalam cari gali yang dilakukan di Sepanyol, fosil-fosil seorang kanak-kanak yang telah hidup 800 ribu tahun telah ditemui. wajah kanak-kanak ini mirip kanak-kanak hari ini. tetapi menurut para penyokong evolusi, manusia tidak wujud 800 tahun dahulu. jelaslah bahwa manusia telah wujud sebagai manusia sebagaimana ia mula-mula dijadikan. tidak pernah wujud makhluk separuh manusia separuh beruk.
salah satu fosil tertua pernah ditemui ialah Turkana Boy, yang berusia kira-kira 1.6 juta tahun. Apabila fosil tersebut dikaji dengan teliti, telah dikenalpasti ia kepunyaan seorang manusia berumur 12 tahun. dan dia boleh mencapai ketinggian 1.8m jika dia mencapai usia dewasa. Fosil ini yang mirip tengkorak manusia, sudah mencukupi untuk memusnahkan kepercayaan manusia berasal daripada beruk. 

Turkana Boy

Pembohongan para penyokong evolusi terbesar

penipuan Piltdown Man
pada tahun 1912, para pakar sains evolusi telah menemui satu fosil satu tulang rahang dan tengkorak. Tulang rahang tersebut kelihatan seperti kepunyaan beruk dan tengkorak itu pula kelihatan seperti tengkorak manusia. Menurut para penyokong evolusi, makhluk ini separuh beruk dan separuh manusia. Serpihan-serpihan ini dianggarkan berusia 500 tahun dan ia dianggap sebagai bukti manusia berkembang daripada beruk. 

Piltdown Man Palsu
Tulang-tulang ini telah dipamerkan sebagai bukti evolusi selama hampir 40 tahun, di beberapa buah muzium di seluruh dunia. Bagaimanapun, pada 1949, beberapa ujikaji telah dijalankan ke atas tulang-tulang ini dan satu keputusan memeranjatkan telah dihasilkan: tulang rahang tersebut tidak berusia 500 tahun tetapi berusia 2 atau 3 tahun sahaja. Tulang tengkorak tersebut adalah fosil seorang manusia biasa dan ia berusia beberapa tahun sahaja. kebenarannya telah diketahui kemudiannya: seseorang telah memasukkan tulang rahang beruk kepada sebiji tengkorak manusia purba, dan menyalutinya dengan bahan kimia supaya ia kelihatan usang. Apabila evolusionis tidak dapat menemui satu fosil separuh manusia separuh beruk, mereka cuba merekakan satu yang palsu. paristiwa ini dirakam di dalam sejarah sebagai penipuan terbesar dilakukan oleh para pakar sains.

Penipuan Nebraska Man
pada 1922, fosil sebatang gigi geraham telah ditemui. Para penyokong evolusi mendakwa gigi ini mempunyai ciri-ciri manusia dan beruk. Pada tahun 1927, telah terjadi penemuan menakjubkan. Semua serpihan tengkorak makhluk tersebut telah ditemui. Gigi tersebut bukan kepunyaan manusia atau beru tetapi ia kepunyaan seekor babi. kejadian ini merupakan malapetaka kepada penyokong evolusi.

Teori evolusi mendakwa berjuta-juta tahun dahulu, beruk yang berjalan empat kaki telah berubah cara berjalan mereka kepada berjalan bongkok. Beruk-beruk ini terus berjalan bongkok sehingga mereka dapat berjalan tegak. Hasilnya, manusia telah terbentuk. Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh teori evolusi ini tidak berasaskan kepada sebarang bukti sains tetapi hanya kepada imaginasi semata-mata. 

Manusia mempunyai kesedaran, mereka berfikir, bercakap dan meluahkan pandangan mereka kepada orang lain di dalam ayat-ayat yang rasional. Allah hanya menjadikan manusia dengan kebolehan-kebolehan ini dan dia tidak memberikan haiwan-haiwan lain keistimewaan ini dan. Manusia adalah manusia dari mula lagi dan Allah adalah pencipta kepada manusia dan semua hidupan.

Sumber: Keajaiban ciptaan Allah, karangan Harun Yahya.





Saya sarankan anda membaca lebih lagi tentang penipuan evolusi ini..(EymanWay)

Klik link ini untuk mngetahui lebih lanjut http://www.evolutiondeceit.com/malaysian/

12 Karya Vandalisme Terbaik!

It's the claw

* Ada kat Distric 9 je, hehe..

Skiwi
* Kiwi main ski ??

Penggali Kuboq, Lol!


Ninja Entry
* Untuk yg layan ninja saga (^^)


Durham, Great Place to Grow Pot


Horns?
* Melintas sambil headbanging

Graffiti Removal Hotline
* -_-" (Speechless)

M. Night Shyamalan Punya



Jelas

Pee On Head

* Akibat tergesa - gesa, omg.

We Touch Boys


Haha!..mmg klakar and kreatif diorang nih..ade-ade jek..

Citroen Survolt - Kereta Konsep Paling Superb


Salam, baru - baru ni Citroen mempamerkan Survolt ni buat kali pertama di 2010 Geneva Motor Show. Kereta ni merupakan "all-electric concept car", pernah ke korang tengok yang lebih hebat daripada ni? Nak tengok lagi meh usha sini.






Terbaikk!!..hrap2 lar kereta ni milik aku biler besar nti..hehe..

Real Farmville - Wii Edition



Haa, ni alat khas bagi "penggila" Farmville macam aku. Biasa kita main klik - klik je kan, sekarang dah bole mengeluarkan peluh (er.. x kot). Aku takde informasi pasal gadget ni, tak tau la wujud ke tak. Korang agak - agak la sendiri.



P/s : Bole mati kalau nak harvest 500+ plot.

Lord Of The Rings-Konspirasi Dunia dan Disebaliknya



Artikel kali ini menyingkap sebuah filem yang agak popular tidak lama dahulu, ia merupakan filem dari Hollywood, ia tidak lain adalah filem Lord of the Ring. Mungkin ramai antara kita yang sekadar menonton filem tersebut tanpa berfikir serta merenung mesej yang tersembunyi di sebalik filem tersebut, Alhamdulillah dengan izinnya saya berpeluang untuk mengupas serba sedikit pesanan yang tersembunyi untuk di kongsikan bersama.

 Film Lord Of The Ring (LOTR) bukanlah filem yang bertema sejarah, mengapa? Jika kita lihat sejarah dunia, tidak ada suatu periwayat atau mana-mana buku sejarah mencoretkan mengenai sejarah sebegitu. Ia juga bukan filem yang berunsurkan fantasi magis seperti Harry Potter, tetapi di dalamnya terdapat adegan-adegan pertempuran menggunakan sihir sihir. Ia juga bukan filem fantasi, kerana kandungan ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Malah ia juga bukan filem seram, sebab tidak terdapat babak yang mengaitkan dengan kepercayaan hantu didunia ini.

Filem LOTR adalah sebuah filem yang dikelaskan sebagai METAFORA FUTURISTIK. Dengan kata yang lebih mudah untuk kita fahami maksudnya, filem itu sarat dengan mesej serta imiginasi dan gambaran mengenai kehidupan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Ia bukan perkara yang bersifat imiginasi,

Tanda-tanda atau gambaran yang digambarkan di dalam filem LOTR adalah melambangkan TANDA-TANDA KIAMAT. Jika anda berpeluang menonton filem tersebut buat kali kedua, cuba anda perhatikan, begitu banyak persamaan-persamaan yang mereka gambarkan mengenai kehidupan manusia menjelang Hari Kiamat. Tetapi mereka bijak berselindung dan kebanyakan adegan-adegan itu dikaburkan dan diletakan didalam kesamaran dengan harapan kita semua tidak nampak hakikat sebenar dan terpengaruh dengan mesej yang ingin mereka sampaikan.

Mungkin kebanyakan kita hari ini kurang yakin dengan hadits-hadits mengenai tanda-tanda Hari Kiamat, di mana kita akan kembali ke zaman kekurangan teknologi dan berperang menggunakan kuda, pedang dan seangkatan dengannya. Mereka menganggap hadis-hadis ini tidak realistik, kurang rasional, dan tidak sesuai dengan fakta-fakta kehidupan moden pada hari ini. Tetapi yang menjadi tanda tanya dikalangan bukan islam, mereka sangat mempercayai akan perkara2 ini.

Mereka mencipta Filem LOTR bagi memperlihatkan keyakinan mereka terhadap hari-hari terakhir menjelang Hari Kiamat. Bahkan di pusat-pusat Zionis Antrabangsa, mereka telah pun merancang konsep The New World Order berdasarkan perkhabaran-perkhabaran yang telah diceritakan melalui Al-Quran dan Hadis mengenai Tanda-tanda Kiamat.


Mordor = Markas dajjal Laknatullah

Beberapa istilah yang digunakan di dalam cerita LOTR
*Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia.
*Di antara dua gunung = Gunung Kaukasus.
*Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia.
*Tembok besi = Daryal Go
rge/Gerbang Iberian/ Gerbang Kaukasia.

Sauron = All Seeing eye = The False Messiah

The All of Seeing Eye

Dinding = Isengard

Witch king = Ya'juj & Ma'juj

Gandalf = Imam Mahdi

Aragorn = Isa almasih

Pedang Nabi Muhammad = Al-Battar

Di atas pedang Baginda S.A.W dikhabarkan terdapat tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Diyakini bahawa pedang (Zulfaqar) yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk menghancurkan Dajjal Laknatullah.

Piramid = Lambang Firaun / Piramid Giza, Menara Babylon (akan di bangun oleh Illuminati)

Film LOTR memiliki jalan cerita yang bagus. Jika kita menonton filem ini, kita dapati tiada langsung mengandungi unsur-unsur lucah, perlakuan yang tidak bermoral dan pemujaan berhala (syaitan), aksi-aksi percintaan pemuda dan pemudi. Filem ini amat luar biasa dari pelbagai aspek. Meskipun ia di terbitkan di Hollywood.

Saya teruja dan berasa sangat hairan mengapa Hollywood meluluskan pembikinan dan penyiaran filem seperti ini?, Padahal ianya terang-terangan telah mengambarkan kekalahan empayar pimpinan dajal laknatullah di akhir zaman nanti. Sedangkan seperti yang kita ketahui Hollywood merupakan sebahagian dari perancangan NWO (New World Order) dan merupakan antara fitnah-fitnah awal dajal laknatullah sebelum ia muncul di akhir zaman nanti.

Apa yang saya fahami melalui metafora dari filem LOTR lebih kurang begini:

Saat ini jaringan freemason antrabangsa, terus menjalankan rencana yang telah di susun oleh dajjal laknatullah, ia bergerak serentak, dengan penuh komited, dan tidak kenal penat, untuk memperbesarkan empayar kerajaan kejahatan Dajjal (Mordor). Dari sisi pembangunan ekonomi, jaringan informasi, politik, ketenteraan, budaya, pemikiran serta ideologi. Mereka terus bergerak. Agen-agen Freemason di negara itu dianggap sebagai hamba-hamba kepada anak buah Sauron yang sangat fanatik dan bekerja membi-buta tanpa mengenal erti penat. Mereka sedang mempersiapkan bagi kedatangan “The False Mesiah” iaitu dajjal Laknatullah di “The Promise Land” (Palestin).

Sementara kekuatan bagi puak anti Zionis, baik dari kalangan Islam mahu pun Nasrani, juga sedang bergerak menyusun strategi dan kekuatan masing-masing. Suatu saat nanti akan ada kesepakatan antara kekuatan Islam dan Nasrani ini untuk menghadapi, melawan dan menghancurkan Zionis laknatullah.

Sedikit peringatan, Yahudi hari ini bukanlah pengikut Taurat peninggalan Musa AS. Mereka adalah pengikut fahaman-fahaman sihir dari zaman Fir’aun di Mesir. Yahudi saat ini mengikuti Talmud, bukan Taurat. Meskipun, katanya masih ada Yahudi yang setia mengikuti Taurat. Tetapai majoritinya Yahudi yang mengimani Talmud, mereka bukan Ahlul Kitab, tetapi orang musyrikin. Kerana mereka adalah penyembah dajjal Laknatullah atau simbol-simbol paganisme Mesir Kuno. Tentera-tentera dajjal ini bukan pengikut Musa AS, Tetapi mereka adalah musuh sejati Musa AS. Nenek-moyang mereka, Bani Israil penderhaka, mereka telah menyia-nyiakan ajaran Musa AS ketika dirinya diutus kepada Bani Israil. Yahudi hari ini lebih tepat disebut: Pengikut SAMIRI, bukan Musa AS.


Masalahnya, kita menyaksikan filem Lord Of The Ring sekadar hiburan semata-mata, tanpa cuba memahami mesej yang hendak disampaikan, sayang sekali.


Majoriti filem Hollywood tidak berkualiti serta boleh dilabel murahan. Kebanyakan filem-filem keluaran mereka penuh dengan propaganda serta mesej tersembunyi seperti The Matrix, Chlinder List, Salt dan banyak lagi. Namun ada juga yang memiliki elemen-elemen yang berkualiti dan mengadungi pesanan untuk diteladani.

Di antara persamaan isi filem LOTR dengan Tanda-tanda Kiamat antara lain sebagai berikut:

1. Intisari cerita film LOTR adalah pertarungan diantara golongan putih dan golongan hitam. Begitu juga saat menjelang Hari Kiamat nanti, akan terjadi pertarungan besar antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi.

2. Di dalam film LOTR, Ketua bagi unsur yang jahat di perlihatkan menggunakan kekuatan ilmu hitam dan sihir yang bermata satu. Ia tidak ubah kepada perkaitan dengan The False Mesiah di akhir zaman nanti.

3. Filem itu turut mengambarkan terdapat dua puak yang kuat dan besar bergabung untuk melawan empayar kejahatan. Di akhir zaman nanti terjadi pergabungan antara umat islam dan nasrani (yang telah mengimani Allah setelah Nabi Isa AS turun) untuk menentang kaum yahudi zionis ini.

4. Di dalam filem itu mempelihatkan seorang yang bernama Gandalf sebagai pemimpin yang memimpin golongan yang putih dalam menghancurkan kejahatan. Ia tidak lain bersamaan dengan peranan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia untuk memimpin umat islam untuk menghancurkan dajal laknatullah.

5. Terdapat juga seorang pahlawan yang berani dalam membela kebenaran, Setelah empayar kejahatan Mordor hancur pahlawan itu di angkat menjadi ketua. Posisi pahlawan ini di dalam tanda-tanda kiamat sangat menyerupai posisi Imam Mahadi.

6. Di akhir babak cerita ini digambarkan empayar kejahatan hancur seluruhnya dan tidak ada yang tersisa. Begitulah perkaitan dengan empayar dajal laknatullah nanti, di akhir zaman empayar ini akan hancur dan kaum yahudi zionis akan hancur dan bercerai berai.

7. Sebelum empayar kejahatan (Mordor) ini hancur, mereka telah mencapai kemajuan-kemajuan yang hebat dan pesat dari sudut kekuatan ketenteraan dengan kekuatan yang mereka ada mampu mengepung kekuatan dari kaum yang baik di sebuah lembah. Di akhir zaman nanti begitulah persamaannya, kaum yahudi akan menjadi sangat kuat dan berkuasa seperti yang kita lihat di Israel kini, mereka memperlekeh-lekeh serta membuat sesuka hati kepada umat islam, Namun akhirnya kekuatan yahudi zionis ini akan hancur seperti hancurnya empayar yahudi zionis laknatullah.

8. Kunci kekuatan empayar kejahatan adalah “sang mata satu” (Sauron). Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Namun saat dia hancur, maka hancurlah seluruh empayar kejahatannya. Begitulah hubungan antara dajjal laknatullah dengan kaum Yahudi zionis terkutuk di Akhir zaman nanti.

9. Hancurnya kekuatan “sang mata satu” ditambah pula dengan jatuhnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung berapi yang membara. Begitu pula digambarkan, nanti di Akhir zaman dajjal laknatullah ketika melihat Nabi Isa As., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh.

10. Dalam filem itu digambarkan bahwa tokoh “sang mata satu” bukan muncul dari bangsa jin atau makhluk lain. Ia berasal dari seorang raja di masa lalu. Di dalam Tanda-tanda Kiamat disebutkan, bahwa Dajjal itu sejenis manusia. Lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran saat ini.
nota tambahan:
Lord Of The Ring adalah novel yang ditulis oleh J.R.R Tolkien dalam 3 siri. Gambar buku-buku yang disematkan ini adalah novel beliau yang dicetak pada tahun 1965, edisi kedua. Besar kemungkinan beliau telah mengkaji kandungan Al-Quran dan Hadis2 Rasulallah SAW dan dari kajian itu beliau mendapat ilham untuk menulis buku ini yang mirip seperti apa yang sedang berlaku sekarang dan akan berlaku diakhir zaman.

Waallahu’alam bissawab
** dipetik dari blog konspirasi dunia**

'(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah! hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.' (ar-Raad : 28).

p/s : Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”(QS. Al-A’raaf (7): 187)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Elf Coupons