Wake Up Project - Obsama III

Pada mulanya mungkin Obama mahu mengeluarkan gambar ini. Namun demi memikirkan bahaya yang sebenarnya mungkin dibuat-buat, mereka tidak jadi mengeluarkannya. Namun yang peliknya al-Qaeda pula mengesahkan kematian Osama dengan peringatan kepada AS. Perkara ini semakin meyakini kita bahawa Osama ialah Obama? Oh silap, sebenarnya Osama tidak wujud.


Dengan mata yang sama, tengkorak yang sama saiz dan sama bentuk , bentuk badan yang sama kurus, adakah Osama itu Obama? Hidung dan gigi boleh diubah dengan mask dan gigi palsu


Apa pendapat anda semua dengan gambar-gambar ini? Adakah Osama itu Obama? Dengan mata yang sama, dagu yang sama, tengkorak yang sama, cuma hidung, warna kulit dan gigi yang berlain. Semua boleh dibuat dengan topeng ala mission impossible.


“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kalian orang Fasik dengan membawa berita, maka telitilah berita itu agar kalian tidak memberikan keputusan pada suatu kaum tanpa pengetahuan sehingga kalian akan menyesali diri atas apa yang telah kalian kerjakan” |Qs Al Hujurat: 6|

Wake Up Project - Obsama II

Tiga mangsa yang tidak dikenali, adalah antara lelaki yang terlibat selepas serangan di kompleks yang dikatakan diduduki oleh tertinggi pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden. Gambar di ambil sejam selepas serangan. Persoalannya, di manakah mayat Osama bin Laden yang di dakwa telah dibunuh? 




“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kalian orang Fasik dengan membawa berita, maka telitilah berita itu agar kalian tidak memberikan keputusan pada suatu kaum tanpa pengetahuan sehingga kalian akan menyesali diri atas apa yang telah kalian kerjakan” |Qs Al Hujurat: 6|

Wake Up Project - Obsama

Hasil Suntingan Melalui Photoshop

Segala puji-pujian buat semesta alam. Tuhan pentadbir sekalian alam. Maaf kerana terlalu lama tidak menyumbangkan buah fikiran kerana kesibukan dalam mentadbir urusan dunia, saya tertarik pada satu tajuk berita "Osama bin Laden killing prompts war of words between Pakistan and US" di akhbar guardian.co.uk beberapa hari yang lalu? Osama dah mati? sekadar tersenyum.

Pernah atau tidak kita terfikir, diaman selama beberapa tahun kebelakangan ini kita telah digula-gulakan dengan Karakter Seorang pejuang Islam yang dinamana sebagai Osama Laden atau Ben Laden?. Siapakah Osama bin Ladin? adakah ia wujud? apakah kaitan antara Osama dan Obama. Rasanya persoalan ini merupakan isu lama yang telah pun diperkatakan sebelum ini di kebanyakan blog dan laman web.

Osama dan Obama

Artikel kali ini bukan untuk menyambung cerita osama adalah obama. tetapi sekadar ingin mengajak anda semua berfikir ironinya mereka melakukan perkara serta misi ini. Jika kita imbas pada tahun-tahun yang sudah, ummat islam di gelar sebagai "Pengganas" . Islam dituduh mengajar umatnya keganasan yang melampau dengan melakukan serangan berani mati ke atas WTC dan sebagainya. Tetapi apa yang di lakukan oleh Israel terhadap penduduk palestin tidak sedikit pun dikecam. Walhal mereka melakukan keganasan secara terang-terangan.

"OSAMA" merupakan codename sebuah operasi di bawah tajaan CIA yang telah di arahkan oleh "The False Messiah" untuk mereka laksanakan dalam cubaan melakukan huru hara di dunia. Operasi mereka sangat berjaya dan telah menyebabkan Umat Islam di selar dan di tuduh dengan tuduh-tuduhan keji. Walhal kebanyakan ummat islam tidak pun mengetahui akan perkara ini. Mudahkan mereka memanipulasi dunia? Dimanakan ummat islam untuk membela islam?

Setelah rancangan mereka berjaya kini telah tiba masanya untuk mereka menghentikan Operasi "OSAMA" dengan menyatakan bahawa osama bin laden telah terbunuh walhal karekter Osama tidak pernah pun wujud dan ia adalah hasil ciptaan mereka. Di jangkakan menjelang tahun 2012 ini mereka telah merancang dengan rancangan baru dalam usaha untuk menakluk dunia dengan "New World Order".

Osama? Apakah sumbangan osama pada dunia islam? mengapa dia di sanjung? Adakah kita tidak terfikir mengenai perkara itu? Bangunlah wahai ummat islam, saat itu kian hampir.

Persiapkan dirimu untuk menentang (musuh-musuh Islam) dengan apa jua yang kamu mampu dari segala jenis kekuatan dan pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak ketahui. Sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu belanjakan di jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi. |Q.s An Anfal: 60|

Wake Up Project - Rentetan Peristiwa Menjelang 2012

Rentetan Peristiwa Yang Sedang Berlaku Menjelang Tahun 2012

1. Mereka sengaja membocorkan rahsia "wikileaks". 2010

2. Tercetus kekacauan (revolusi) di negara Timur tengah (kebanyakan negara islam). 2011

3. Ekonomi dunia semakin huru-hara. 2010 - 2011

4. Dunia menuju ambang kebuluran. 2011

5. Tsunami di Jepun. HARRP Project?. 2011

Wake Up Project - Disebalik Laman Pencarian "Google"




Nama "Google" berasal dari kesilapan mengeja "googol," yang merujuk kepada 10100 (angka 1 diikuti seratus angka sifar). Kata kerja "google" dalam Bahasa Inggeris boleh didapati di dalam Merriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford English Dictionary, bermaksud "menggunakan enjin gelintar Google untuk memperoleh maklumat dari Internet."


Misi Google adalah untuk menetapkan maklumat dunia dan membuatnya boleh dicapai dan berguna secara universal. Slogan tidak rasmi syarikat ini telah diciptakan oleh mantan pekerja dan jurutera pertama Gmail iaitu Paulus Buchheit, "Jangan jahat". Terdapat pelbagai kritikan terhadap Google, antaranya ia berkaitan dengan masalah kebimbangan mengenai privasi maklumat peribadi, hak cipta dan sensor.


"Google" merupakan sistem yang dicipta oleh 'mereka' dalam usaha untuk pengawalan minda kita 'Mind Control'. Ia juga memiliki persamaan seperti laman sosial "Facebook" . Apa yang kita taipkan untuk pencarian. Ia pasti akan rekodkan untuk tujuan semakan mereka dimasa akan datang. Pasti anda berasa hairankan, bagaimana saya mengetahui perkara yang agak tidak logik ini. Rahsianya mereka dapat mengetahui melalui "google analytic" dan"adsense."


1. Enter your search term [e.g. footy scores]


2. Select “one day in advance” and click “Google Search”


3. Google searches the web as it will look tomorrow


Baru-baru ini ada isu ditimbulkan mengenai nyalaan besar matahari akan berlaku pada tahun 2013. Sumbernya boleh diperolehi di sini. Ada juga terdapat pendapat menyatakan bahawa zaman teknologi ini akan berakhir pada tahun 2038, ideanya bermula dari sini. Kesemua teknologi akan hancur dan hilang, selepas dari tarikh itu kita akan kembali ke zaman lampau,'back to basic'. Duit akan menjadi kertas kosong dan tiada nilainya. Selepas duit menjadi kertas kosong secara automatik emas akan berharga seperti yang pernah kita baca mengenai penggunaan emas dan perak kembali digunakan. Selain emas dan perak, benda yang paling berharga adalah air yang bersih.


Kisah yang berlaku dimesir itu adalah salah satu agenda illuminati. Mengapa? kerana terdapat perkara yang berharga disana iaitu harta benda Firaun, Ia merupakan harta nenek moyang untuk Ratu Elizabeth bagi melakukan "Big Ritual" seperti apa yang terdapat di dalam cerita "APOCALYPTO"


Cookies google akan tamat pada tahun 2038. Mengapa 2038, Y2k38 ?. Mengapa google cookie tidak akan tamat sehingga tahun 2100? Ini kerana, mereka telah pun mengetahui mengenai zaman itu tidak ada lagi teknologi yang dimiliki didalam dunia ini lagi pada tahun itu.


Apa perkaitan mind control dan google?. Google mengawal apa yang kita baca, kita lihat, kita dengar, kita tengok dan pelbagai lagi. Bukankah itu memperlihatkan kita telah sedia dikawal dan mereka tidak mahu kita mengakses serta mengetahui apa yang ada disana.


Mind control .. everything you know from Google and related is wrong


Google & Gmail
Google = goo+girl
Gmail = g + male

Wake Up Project - The Rise Of Saaaad

“The Rise of Saaaaaad in Egypt”

Every single event that happens since The Creation of Adam, until The Last Days (The Day of Resurrection/The Day of Reckoning/The Day of Judgment) has been accounted for.

As God the One, revealed,


When We decide to destroy a population, We (first) send a definite order to those among them who are given the good things of this life and yet transgress; so that the word is proved true against them: then (it is) We destroy them utterly.|Qur’an: The Ascending 17:16|

The one says,

God, The One revealed that any destruction to any nation was planned ahead of time from the beginning time as God The One wishes, to show to mankind that all His Words carry weight, that is The Truth from God; The One that manipulates every single event done by evil forces whom disobey Words of God.

I would say that what is happening in Egypt is The Truth from what being revealed to Mankind. Egypt is in the state of oppression from the unjust rulers whom make themselves bow to evil deeds and transgressed.

May God the One protect innocent Muslimins, they are the one who suffer from the Regime of Thaguut.

“God Bless the Innocents who fight in His Cause”, Aamiiiiiin…Ya Rabb!

“None rejects evil deed, except The One”.

- End of transmission -

Wake Up Project - 2012 Kalendar Maya Dan Kemungkinan Turunnya Isa Al-Masih?

Jika kita imbas kembali kisah mengenai kalendar masyarakat Maya yang hangat diutarakan pada tahun 2010 dan ditambah pula dengan pembikinan filem 2012 telah menarik minat seorang ahli arkeologi untuk membuat satu kajian mengenai kalendar ini. Ia telah memberi spekulasi berkenaan apa yang tertulis di bahagian yang merujuk kepada satu kejadian yang tidak terduga pada tahun 2012. Dia menafsirkan satu kenyataan yang berbunyi “Ia tertulis, ‘Dia akan turun dari langit’.” Mungkinkah fenomena yang pernah mempengaruhi perjalanan seluruh dunia berdasarkan kalendar Maya itu berkaitan dengan kedatangan Nabi Isa a.s ke Dunia?”


Tentu sahaja, ia mungkin terjadi. Ianya tidak mustahil dari segi tarikhnya, adalah munasabah Isa al masih akan berumur 33 tahun apabila dia kembali. Tidak mustahil dia akan datang pada tahun 2012, ia wajar. Kerana dia akan melancarkan perjuangan untuk suatu masa yang Maksimum 10-15 tahun lagi sehingga kedatangannya, insyaAllah. Penerangan yang terdapat di situ amat menarik. MasyaAllah. Tercatat bahawa dia akan datang dari langit, bukankah begitu?


Seorang ahli arkeologi mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “ ia tertulis `dia akan turun dari langit` ”. Beliau menafsir kalendar masyarakat Maya dengan cara sedemikian, beliau telah menyatakan bahawa tertulis
“Dia akan turun dari langit”
Kedengarannya seperti waktu kedatangan Isa a.s ke Bumi bukannya hari Kiamat, MasyaAllah. Namun yang pasti, kita tidak akan mengenalinya di awal kehadiran baginda. Baginda hanya akan dikenali dikemudian, InsyaAllah.

Wake Up Project - Armageddon Bhg. Akhir


SIAPAKAH IMAM AL MAHDI AL MUNTAZAR 

1. Al Mahdi Al Muntazar(lelaki yang dinanti/ ditunggu-tunggu) akan kemunculannya adalah seorang lelaki muda dari kaum Muslimin yang berasal dari keluarga Nabi Muhammad s.a.w.

2. Beliau dari keturunan sayydatina Fatimah Binti Rasulullah s.a.w.

3. Namanya Muhammad Bin Abdullah – jadi namanya menyerupai nama baginda s.a.w.

4. Al Mahdi bukanlah seperti yang diduga oleh kaum Syiah ar Rafidhah yang mengharap kemunculannya dari negeri Sardeb (area Samarra) kerana Al Mahdi seperti ini tiada faktanya dan tiada nas-nas hadis Nabi SAW yang menerangkannya.

5. Kaum Syiah ini mendakwa bahawa Al Mahdi namanya ialah Muhammad Ibn Al Hassan Al Askari, akan memasuki Sardeb ketika berusia 5 tahun.

6. Mereka sentiasa menunggu kehadirannya dari Sardeb sedangkan Al Mahdi seperti yang mereka dakwa itu sekali-kali tidak akan keluar dari Sardeb|Sila rujuk kitab-kitab Nihayah tarikh Ibnu Kathir, Al Fitan Wal Malahim, mengenai perihal berita AL Mahdi juz: 1|

CIRI CIRI IMAM AL MAHDI

Berdasarkan hadis-hadis Baginda s.a.w telah disebutkan bahawa Al Mahdi atau Muhammad Ibn Abdullah yang akan muncul itu berhidung panjang, mancung dan runcing(mempunyai bentuk wajah yang cantik), berkening luas, dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan keseimbangan

Sebelumnya dunia dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan – seperti yang dapat kita lihat hari ini, penindasan dan peperangan terhadap umat islam yang berlaku di mana-mana serata dunia dan berleluasa.

Beliau akan memerintah dunia selama 7 tahun atau 8 tahun atau paling lama 9 tahun setelah turunnya Isa Al Masih AS, sebelum berlakunya hari kiamat. Sepanjang pemerintahannya manusia hidup dalam kedamaian dan keadilan yang tidak pernah dirasai selepas kewafatan Baginda Rasullullah s.a.w


”Sesungguhnya bumi ini akan dipenuhi dengan kezaliman dan kesemenaan, dan apabila kezaliman dan kesemenaan itu telah penuh, maka Allah SWT akan mengutus seorang lelaki yang berasal dari keturunanku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku(Muhammad Ibn Abdullah). Maka dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu dengan kezaliman dan kesemena-menaan (penindasan). Diwaktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman. Maka kamu akan hidup bersamanya selama 7 tahun atau 8 tahun dan paling lama 9 tahun.” |hadis ini adalah sahih riwayat dr Tibrani, Bazzar dan Abu Naim. Imam As Sayuti telah menunjukkan akan kesahihannya di dalam Al Jami’. Disahihkan oleh Al Albani dlm As Silsilah As Sahihah , no: 1529|
”Al Mahdi berasal dari keturunanku ahli bait yang akan diislahkan oleh Allah SWT dalam satu malam” |hadis ini hadis sahih riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad Imam Ahmad dan Ibnu Majah di dalam sunannya dari sayyidina Ali RA. Ia disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir ketika memberikan komennya di dalam Musnad Ahmad. Ia juga disahihkan oleh Al Albani di dalam As sahihah – no 2371|
Terdapat DUA tafsiran mengenai iSLAH

1.Bahawa sebelum menjadi Al Mahdi beliau mempunyai beberapa kekurangan kecil, kemudian Allah s.w.t mengampuni dosa-dosanya, menunjukinya dan menurunkan ilham-ilhamnya.

2. Bahawa Allah SWT memberinya persiapan untuk menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin yang mukminin dalam menghadapi huru-hara dan peperangan – peperangan akhir zaman.|Tafsiran mengikut kitab Fitan Wal Malahim mengenai Berita Al Mahdi, oleh Ibnu Kathir juz :1|


”Al Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah” |Hadis Hasan diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim dari Ummu Salamah. Imam Sayuti menunjukkan kesahihannya di dalam Al Jami’|

” Bahawa akhir zaman nanti akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya" |Diriwayatkan oleh Ahmad dlm Musnad Imam Ahmad, dan oleh Muslim dalam Sahih Muslim dari hadis Jabir bin abdullah dan Abu Said Al Khudri|

Kemunculan Imam Mahdi bukanlah berasal dari usahanya,(Muhammad Bin Abdullah) dan bukan juga atas permintaannya. Bahkan beliau sendiri sama sekali tidak tahu bahawa Allah SWT akan mengislahkannya dalam masa satu malam dan bahawa Allah s.w.t akan mempersiapkan baginya satu kaum yang jumlahnya sedikit dan tidak mempunyai persiapan dan kekuatan, kemudian mereka akan membai`ahkan beliau di Kaabah, sedangkan beliau(Imam Mahdi) Tidak menyukai bai`ah itu.

Kedatangan Imam Mahdi di akhir zaman adalah satu perkara yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t, yang telah tertulis di Luh Mahfuz yang tidak dapat tidak akan muncul juga satu hari nanti – hanya masa dan ketika nya sahaja yang tidak diketahui oleh sekalian makhluk hanya dalam ilmu dan pengetahuan Allah s.w.t sahaja.

Jadi kedatangannya sama seperti kedatangan Al Masih Dajjal, turunnya Isa Ibnu Maryam a.s, keluarnya Ya’juj dan Ma’juj serta sisa tanda-tandanya hari kiamat.

Oleh sebab itu, mempercayai dan meyakini akan kedatangan Imam Mahdi ini adalah hukumnya wajib bagi seluruh umat Islam, dalam syariat dan iktikad bagi setiap mukmin. Ini kerana hadis-hadis yg menerangkan tentang Al Mahdi adalah mencapai tingkat Mutawatir – bermakna menurut hampir semua ulamak tafsir Hadis, hadis Mutawatir menunujukkan ilmu yang Qat’I, yang tidak dapat diragui dan digugat, mengetahuinya adalah wajib, mengamalkannya adalah fardhu dan mengingkarinya adalah haram dan kufur.

Sekian.

Wake Up Project - Armageddon Bhg. 1

Apakah perang Armageddon?

Satu peristiwa besar dan perang kehancuran:

1. Pertemuan strategi perang raksasa yang sudah terlalu hampir waktu berlakunya.

2. Perang persekutuan-internasional yang akan tercetus dan sentiasa ditunggu- tunggu oleh seluruh umat manusia dari dahulu lagi.

3. Perang politik dan agama.

4. Peperangan besar-besaran dan banyak pihak yang terlibat serta akan membawa kehancuran maksimum kepada sebahagian dunia.

5. Peperangan yang paing besar dan dahsyat di dalam lakaran sejarah ketamadunan hidup manusia.

6. Perang yang dimulai dengan perdamaian tetapi ianya PALSU sehingga semua penduduk dunia menyangka dan mengatakan bahawa kita akan hidup aman damai dengan termeterinya beberapa perjanjian damai. Kemudia ia akan di cabuli oleh musuh-musuh yang benci terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah swt.

Asal perkataan Armageddon:

1. Perkataan Armageddon berasal dari bahasa Ibrani dan terdiri dari dua suku patah perkataan: “Ar” – gunung atau bukit.

2. “Mageddo” – nama dari sebuah lembah di Palestin yang mana lembah ini merupakan sebuah dataran yang akan menjadi medan pertempuran bagi peperangan akhir ini. Ia membentang dari dataran Mageddo di utara smpai ke Edom yang terletak di Selatan. Jaraknya sekitar 200 batu sampai ke Laut Putih (Tengah) di bahagian Barat dan Bukit Mohab di Timur yang mana jaraknya 100 batu.

3. Para ahli pengkaji peperangan akhir ini, berpendapat bahawa kawasan ini merupakan tempat yang sangat strategik, setiap panglima tentera/ angkatan yang dapat menguasai tempat ini akan dapat mematahkan setiap serangan yang di lakukan oleh musuh mereka.

4. Perkataan Armageddon bukanlah sebuah perkataan yang asing dikalangan para ahli kitab (yang membaca dan mengamalkan kitab Taurat, zabur, injil yang lama) dan disebut juga di dalam kitab tersebut mengenai akan berlakunya peperangan hebat ini. Ahli kitab ini adalah golongan yahudi dan nasrani yang beramal dengan kitab asal.

5. Nabi Muhammad SAW ada bersabda:
” sampaikanlah ajaran-ajaranku walaupun itu hanya satu ayat , dan berbicaralah dr ajaran bani Israil (Yahudi) dan aku tiada halangan ”|sahih al Bukhari bab 6 Ms. 3461 dari Abdullah Ibnu Umar RA.|
6. Tetapi haruslah dengan bersyarat, dimana kita tidak dibenarkan mengambil ia secara membuta tuli tetapi haruslah merujuk kepada yang haq iaitu, Al Quran nul Qarim.
“apabila ada ahli kitab yang berbicara (mengenai agama) maka janganlah kamu membenarkan dan jangan pula kamu mendustakan ia”|Sahih Bukhari diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a|
7. Hadith diatas menerangkan bahawa, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan agar kita menyelidiki apa sahaja berita atau cerita yang disampaikan oleh para ahli kitab dan jangan mempercayainya tanpa menyelidiki hakikat kebenarannya serta kita juga tidak boleh menolak berita atau cerita mereka tanpa usul periksa.

PERKATAAN ARMAGEDDON OLEH PENULIS BUKAN ISLAM YANG MEMPERCAYAINYA

1. Di dalam kitab Wahyu (revealation – 16:16) ” dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekelian tentera dunia disebuah tempat bernama Armageddon|Injil: Ms. 388 – terbitan darul Thaqafah, Mesir|

2. Didalam buku ” Dimensi agama dlm Politik Amerika Syarikat di sebut bahawa Tujuh orag pemimipin AS mempercayai akan tercetusnya perang Armageddon|Buku janji yang benar dan janji yang dusta Ms .31|

3. Presiden AS yang lalu, Ronald Reagen berkata : ” Sesungguhnya generasi ini adalah generasi yang akan melihat Armageddon” |buku ramalan dan politik Ms.66|
4. ”Segala sesuatu pasti akan berakhir di dalam beberapa tahun. Akan terjadi perang dunia yang paling besar. Ia adalah perang armageddon atau dataran mageddo”|Buku Drama berakhirnya zaman – Oral Robertus, buku Akhir bola dunia yang paling besar – Hall Lindus|

5. Aku berkeinginan agar aku dapat mengatakan bahawa kita akan dapat mencapai perdamaian. Akan tetapi saya percaya bahawa perang Armageddon akan berkecamuk di lembah Mageddo. |Buku janji yang benar dan janji yang dusta Ms. 62/ buku ramalan dan politik Ms. 37|

6. Seorag penulis Amerika yag bernama Greys Halsl berkata : Kita sebaga orang-orang Kristian percaya bahawa sejarah manusia akan berakhir dengan sebuah peperangan yang di sebut sebagai Armageddon dan peperangan ini akan menyaksikan kembalinya Isa Al Masih yang akan memerintah orang-orang yang hidup dan org yang mati dengan saksama |Ramalan dan politik Ms.19|


Kaum Muslimin dan Armageddon

Terdapat ramai di kalangan org Islam sendiri yang masih tidak mengetahui mengenai apa itu Perang Armageddon – bahkan ada yang mengatakan perkataan itu hanya berada di dalam lakaran sejarah filem Hollywood lakonan Bruce Willis dan Ben Affleck. Tetapi secara realitinya Hollywood yang didokong oleh tentera dajjal Laknatullah sememangnya ingin memesongkan fakta mengenai Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka sendiri telah sedia mengkaji mengenai peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.Hadith Nabi Muhammad s.a.w, yang membicarakan mengenai peperangan ini:
”kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam kedaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat harta rampasan perang yang banyak, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki Rom. Lalu dia akan mengangkat tanda salib (tentera kristian) dan melaungkan salib telah menang maka datanglah kepadanya seorang lelaki muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut, kemudian tentera Rom mengkhianati perdamaian dan terjadilah peperangan demi peperangan, di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera, dibawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera” |Hadith sahih riwayat Imam Ahmad,Imam Abu Daud, Ibnu Majah dari Zu Makhmar RA.Disahihkan oleh Tafsir Al Albani dalam mentahkik hadis misyqat, Ms. 5424 dan kitab sahih al Jami’ dan ia mempunyai berapa riwayat.|
Hadith di atas dengan jelas menerangkan bahawa di sana terdapat dua buah peperangan yang bakal terjadi:

Perang dunia Armageddon yang telah banyak diketahui oleh semua pihak.

Peperangan-peperangan, di dalam sesetengah hadith di sebut Peperangan terbesar (Malhamah al Kubra). Peperangan ini tidak diketahui ramai kecuali oleh sebahagian orang, pihak-pihak yang berperang di dalam pertempuran ini adalah kaum muslimin, menghadapi tentangan dari Rom(Eropah dan Amerika) setelah berlakunya perang Armageddon di mana pada awalnya muslimin bersekutu dengan mereka tetapi akhirnya Rom mengkhianati kita di dalam perang tersebut.

Makanya, perang Armageddon adalah peristiwa pertama yang kita nantikan sebagai permulaan dari huru hara di akhir zaman, sebagaimana yang akan diterangkan di dalam artikel yang seterusnya iaitu Imam Mahdi al Muntazar. Perang tersebut juga adalah perang penghancuran dan nuklear yang akan memusnahkan sebahagian besar senjata stategik, yang tinggal selepas itu hanyalah senjata tradisional berupa panah, pedang dan kuda yang akan diguna pakai di dalam peperangan selepas Armageddon (khasnya oleh tentera Al Mahdi nanti).

InsyaAllah saya akan sambungkan tentang siapakah dia yang dinamakan dengan imam Mahdi al Muntazar.

Wake Up Project - Ciri-Ciri Pemimpin Islam

Pemimpin yang bercirikan kepimpinan Islam merupakan pemimpin yang bakal merubah dan melakar satu inisiatif yang jitu ke arah melahirkan masyarakat yang berwibawa yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kewajipan melantik pemimpin yang sedemikian adalah merupakan satu tanggungjawab yang tidak dapat disangkal lagi buat setiap insan yang mengungkap dua kalimah syahadah, ini kerana pemimpin adalah merupakan khalifah Allah yang mentadbir urusan kehidupan yang berlandaskan petunjuk yang sebenar dan hakiki.


Kepincangan dalam pemilihan ini sebenarnya boleh membawa kepada lenyapnya keadilan dan keamanan dan seterusnya akan meletusnya kemungkaran dan kerosakan yang yang akan mewujudkan kezaliman, penindasan dan segala macam maksiat yang berleluasa tanpa sebarang sekatan lagi.


Maka tidak hairanlah, Islam telah menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada para pemimpin yang adil dan mereka inilah pewaris para nabi yang sentiasa menjaga kesucian agama Allah daripada terus dicemari. Justeru itu, islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani ini, antaranya:


1. Islam - Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana Islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat Islam;


2. Adil - Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat Islam, ekoran betapa pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak di muka buminya ini. Sebagiman syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat Islam;


3. Ilmu - Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian.Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.


4. Melaksanakan hukum Allah.


5. Tidak berlaku zalim.


Ada dinyatakan oleh Al-Imam Hasan Al-Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat Islam dengan katanya,
"Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman, dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi; dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya;..dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnaya – menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-sekali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka, tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustada’fin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang-orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."
Beginilah sahsiah yang kita cari, dan inilah kriteria kepimpinan yang diimpikan oleh Islam dalam masalah ini. Cuma apa yang diharapkan ialah mereka ini mampu untuk melaksanakan perintah dan hukum Allah diatas bumi ini.


Sebagai renungan untuk kita semua, kewajipan menegakkan hukum Allah di muka bumi Allah s.w.t. ini adalah satu kewajipan yang mesti dipikul oleh semua umat Islam. Maka, marilah kita sama-sama bangun dari tidur yang lena di atas tilam ’momokan pembohongan’ yang diwar-warkan oleh mereka yang bertopengkan Islam. Islam mesti ditegakkan di bumi Allah s.w.t. ini. Bersama-samalah kita tekadkan azam dalam menegakkan Islam yang suci ini di muka bumi Allah s.w.t. sebagai satu ad-deen yang syumul, Allahhu Akbar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Elf Coupons