Gadget Masa Depan

Hingga saat ini ada beberapa gadget yang disebut sebut sebagai gadget masa depan. Apa saja yah itu? Simak ulasannya disini.


1. Window Phone
Sesuai namanya, gadget ini berupa ponsel yang mirip seperti sebuah jendela. Ponsel ini sekilas seperti sepotong kaca yang memiliki gambar. Ponsel ini memang sengaja dibuat transparan agar terlihat seperti jendela. Alasan lain ponsel ini disebut Window Phone adalah karena gadget ini memiliki kemampuan mengganti tema secara otomatis sesuai dengan cuaca. Misalnya saat hujan, temanya secara otomatis berganti menjadi seperti ada titik titik air di jendela. 






2. Nokia Morph

Ponsel produksi Nokia ini berupa ponsel fleksibel yang memungkinkan untuk di ubah bentuknya. Selain itu ponsel ini memungkinkan penggunaan energi matahari sebagai sumber daya juga mampu membersihkan diri sendiri serta silengkapi dengan sensor lingkungan.








 3. Tablet PC

Gadget ini sebenarnya adalah bentuk masa depan dari PC. Sesuai namanya, gadget ini berupa laptop berbentuk buku. Tablet PC memilik fitur layar sentuh dan stylus sebagai pengganti keyboard dan mouse. 






4. Nokia 888

Sebelum Nokia Morph, Nokia telah mengeluarkan sebuah ponsel fleksibel lainnya yang diberi nama Nokia 888. Keunggulan dari ponsel ini selain desainya yang fleksibel, adalah liquid batteries, speech recognition, flexible touchscreen dan touch-sensitive body cover. 


-Masih banyak lagi gadget-gadget masa depan yang telah di cetuskan bahkan diluncurkan. 

Konspirasi Dunia - Mari Berfikir


Rentetan dari artikel saya yang lalu mengenai CEO Muka Buku(facebook) iaitu Mark Zukerberg. Saya teringat pada topik perbincangan saya bersama-sama teman semasa bekerja di bidang IT mengenai ledakan Facebook beberapa bulan yang lalu. Perbincangan kami menjadi semakin serius dan topiknya menjadi semakin detail, antara topic yang kami perkaitkan mengenai database Facebook mungkin adalah salah satu cara kerajaan Amerika mengutip informasi kerana Facebook sangat lengkap. Seolah-olah seperti kita mengisi borang membuat My Kad di Jabatan Pendaftaran Negara.

|Disebalik Tabir Perancangan Mereka|


|Mereka Menyimpan Semua Maklumat Kita|

Mungkin bagi segelintir individu yang tidak berkepentingan ia tidak mendatangkan apa-apa masalah, Tetapi bagi yang memiliki kedudukan seperti Perdana Menteri, Ahli Sains atau manusia-manusia yang berkepentingan dan boleh mendatangkan ancaman ia adalah satu peluang yang terbaik dalam mengumpul data dan mengkaji kelemahan-kelemahan individu tersebut. Mereka memberi data peribadi tanpa sedar mungkin sekadar menganggap ia jaringan sosial. Jika kita sedar pengisian “borang” pada laman sosial berkenaan tersusun, bermula dari tarikh lahir, alamat. Poskod, tempat kerja dan bermacam-macam lagi dan yang paling utama adalah cabang keluarga dan rakan yang terhampir.

Mengapa saya berani menyatakan sedemikian rupa? Jika kita sedar sehingga ke saat ini mereka tidak menyediakan cara untuk menghapuskan akaun bagi individu-individu yang ingin menutup akaun pada lama sosial ini. Mengapa? Ia suatu perkara yang tidak mereka jelaskan sehingga kini walaupun didalam ruangan term and condition laman sosial itu.

Setelah dipersetujui kami mengambil langkah inisiatif dengan menyebarkan kepada umum mengenai hasil perbincangan secara terang-terangan atau secara tertutup, mungkin selepas itu pembaca atau sesiapa yang terbaca artikel yang telah disebarkan dengan pantas mereka akan terus merubah segala informasinya di dalam akaun facebook, sayang sekali, ia di tukarkan, mereka pasti telah menyedia mekanisma untuk mencatatkan sejarah dari salinan asal kepada setiap perubahan yang berlaku kepada akaun individu, ianya dapat diketahui oleh mereka dan disimpan secara kekal kedalam database mereka untuk rujukan akan datang jika perlu.

Anda tidak yakin dengan pernyataan saya? Cuba anda imbas kembali awal tahun lalu seorang warganegara Malaysia yang memiliki akaun laman sosial facebook ini ditahan oleh PDRM bagi membantu siasatan berkenaan kenyataannya yang membakar gereja, Jika kita lihat mudah sekali dia dikesan dan diberkas.

“ke nak aku baling bom petrol di sana plak?…harga boleh runding…”


Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya, jam 10 pagi 10 Januari lalu.

Perbincangan ini tidak habis disini sahaja tetapi kami ajukan kepada yang lebih arif, menurut pakar itu, ledakan ini berlaku apabila ramai individu yang berangapan jika kita tidak mendaftar serta memiliki akaun di laman sosial ini, maka kita adalah golongan yang ketinggalan zaman, saya akan mengulas mengenai FACEBOOK ini dari sudut konspirasi.

Jika kita pernah dengar mengenai term bagi keselamatan ini JANGAN SESEKALI MEMBERIKAN INFORMASI SEBENAR MENGENAI DIRI ANDA DI ALAM MAYA, disini saya bermaksud bukan untuk melakukan permbohongan tetapi sekadar meletakan maklumat asas. Cukuplah sekadar nama dan umur. Begitu juga apabila mendaftar talian telefon. Mereka tidak akan tahu keaslian data tersebut. Sekali lagi saya bukan mengalakan pembohongan tetapi berbicara mengenai keselamatan individu di alam maya.

Perisikan adalah sebuah pekerjaan bagi mengumpulkan maklumat sebanyak yang mungkin, agar dapat digunakan sesuai dengan kepentingan pengunanya, saya juga yakin jika Facebook atau tjaringan laman sosial seperti Friendster, Multiply, Blogspot tidak terlepas juga Mel Eletronik dan banyak lagi. Ia merupakan cara dan idea dari golongan elit dalam menjayakan konpirasi sang mata satu iaitu (The Luciferian Conspiration) mereka terlibat dalam mengendalikan laman sosial ini dalam mengumpulkan data-data peribadi dengan lebih mudah dan cepat.

|Dan Brown|

Ada baiknya jika kita berpeluang untuk membaca buku yang bertajuk “The Digital Fortress”, walaupun buku ini kelihatan seperti fiksyen sains, tetapi itulah hakikatnya di masa ini. Sebuah lagi buku yang saya syorkan, bertajuk “The Complex: Bagaimana Tentera Amerika Menyerbu Kehidupan Kita sehari-hari” karya Dr. Nick Turse ataupun jika anda seorang yang malas untuk membaca anda dicadangkan untuk menonton sebuah filem arahan Richard Doner yang bertajuk “The Conspiracy Theory” di mana filem ini mengisahkan Seorang lelaki yang bernama Jerry Fletcher yang jatuh cinta dengan seorang wanita dan hanya mengamatinya dari jauh. Wanita ini berkerja dengan kerajaan. Fletcher pula adalah seorang pengkritik keras kerajaan. Dari teori konspirasi kepada kewujudan makhluk asing sehingga kepada pembunuhan politik, dengan mudah semua teori-teorinya dapat dirungkaikan dengan benar dan tepat oleh beliau. Ini menyebabkan beberapa orang penting di dalam kerajaan ingin dia dibunuh dan dihapuskan begitu juga wanita yang dia cintai turut mengiginkan perkara yang sama terjadi.

|Conspiracy Theory - 1997|

Para pejuang di serata dunia atau aktivis kemanusiaan yang menyedari mengenai hal tersebut dan sedang berperang melawan The New World Order, seeloknya dinasihatkan tidak memiliki Kad Kredit, Debit Kad atau apa-apa pun atas namanya, tidak mengisi ruangan di dalam jaringan sosial di internet dengan informasi yang sebenar, serta menjauhi alat-alat komunikasi yang bersifat kekal seperti nombor telefon dan sebagainya. Dengan kata lain Being Like A Ghost, “Datangnya tidak diketahui dan perginya tidak dicari”.

Jika semua itu tidak dapat di lakukan maka para pejuang harus berusaha mengantikan nombor telefon dan bertukar-tukar talian (mungkin bulan ini Celcom bulan depan Maxis bulan lusa Digi) lebih selamat jika digantikan sekali dengan telefon-telefonya dalam waktu yang tidak dirancang agar polarnya sukar dibaca. Jika memiliki jaringan sosial(pastikan informasi yang diisi tidak lengkap) Dicadangkan juga agar kita memasukinya laman sosial itu bukan dari tempat yang sama kerana IP address yang terpamer akan mudah dijejaki, selalulah bertukar-tukar alamat mel eletronik dan sebagainya dalam proses melindungi identity dan keselamatan para pejuang.

Sahabat baik saya pernah menghadiri sebuah pertemuan para risikan, lokasi terpaksa dirahsiakan, tetapi situasinya diceritakan seperti berikut, mereka bertemu di bahagian belakang bangunan utama yang berhampiran dengan kolam renang, sepanjang pertemuan diadakan Televisyen berskala besar di hidupkan walaupun tidak ditonton kerana ia akan menghasilkan bunyi yang bising, semua pancuran air kolam renang dan juga air terjun dibiarkan terpasang, semua telefon cellular dan PDA atau pun Smart Phone dimatikan (bahkan kad sim dan bateri turut di cabut). Semua ini dikatakan sebagai tindakan berjaga-jaga terhadap pencorobohan maklumat oleh pihak luar. Padahal ruangan tersebut sangat tersembunyi dan kedap suara.

Saya mengeluarkan artikel ini bukan bertujuan dijadikan sebagai fatwa bagi mengharamkan pengunaan Jaringan Sosial, sekadar memberi peringatan dan sedikit panduan tatacara berinteraksi di alam maya agar keselamatan kita terjamin terutama sekali kepada para pejuang sekalian. Kerana itu, kita harus benar-benar fikirkan akan diri kita dan bertanya apakah kita memang benar-benar memerlukan jaringan sosial atau tidak. Kalau sekadar mengikut trend, saya nasihatkan kurangkan kerana risikonya terlalu besar. Dunia yang kita tinggal dan hidup di dalamnya, bukanlah dunia yang memiliki satu warna. Terdapat dunia lain di sekitar kita yang mungkin tidak pernah kita ketahui. Wallahu'alam bishawab.

|Should Us?, Make a good decision for a better life|

Konspirasi Dunia - Wikileaks?

Wiki leaks merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi bagi kita semua dewasa ini. Pertama kali ketika saya mendengar mengenai pendedahan ini dilakukan saya tersenyum sendirian sambil berbisik "Ia semakin hampir". Ia menjadi isu hangat yang sering diperkatakan di seluruh dunia kerana kebocoran maklumat sulit Amerika.

Cuba kita fikirkan kehebatan sistem keselamatan Amerika? Sudah pasti anda akan menyatakan "Amerika adalah negara yang hebat dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang moden dan canggih". Tetapi mengapa perkara-perkara yang remeh temeh ini turut berlaku.

Kebocoran sistem maklumat sulit Amerika?

Mari kita samakan dengan Kejadian 9/11, bagaimana pengganas dapat memasuki ruang udara pentagon sedangkan ia di awasi oleh sistem surveillance yang hebat dan yang terunggul di dalam dunia. Tetapi masih dikecam dengan serangan pengganas?

Mengapa Amerika diserang pengganas?

Hipotesis awal saya menyatakan bahawa wujudnya konspirasi dan persedian mereka dalam melakukan ritual pada tahun 2012 yang akan datang. Mereka akan meruntuhkan ekonomi dunia dengan menghancur ekonomi Amerika. Kemudian mereka akan mewujudkan kekacauan dan menukar ekonomi dunia ke israel.

Jika riba` mata wang, kewujudan wang elektronik dan ekonomi dunia telah mereka pegang maka, apakah yang tinggal untuk kita semua? kemiskinan dan kemudaratan. Bijak mereka dalam mengatur persiapkan bagi menyambut The False Messiah.

Apa pun yang mungkin akan berlaku sama-samalah kita mempersiapkan diri dalam menuju kepada pengakhiran.

Mulakan dengan menyimpan dinar dan dirham kerana mungkin ia berguna di masa hadapan. Wallahualam..


Konspirasi Dunia - Ada Apa Dengan 2012


Masih ingat dengan sebuah filem yang bertajuk 2012? Ia adalah sebuah lagi konspirasi yang bertujuan untuk mengelirukan orang awam. Ia diterbitkan columbia tristar iaitu sekutu paling kuat illuminati dalam bidang perfileman. Cerita ini berdasarkan kepada kalendar kaum Maya. Oleh kerana kalendar Maya akan tamat pada 21 dec 2012 maka, mereka juga mengadakan cerita konspirasi ini iaitu kiamat pada tahun 2012.

Menurut Zagami(The Resistance):

Illuminati merancang melakukan “Penazian” negara-negara Barat pada tahun 2012 dan akan menghukum semua orang beriman, dengan alasan berperang melawan terorist serta akan menghancurkan perekonomian dunia.

Zagami, seorang keturunan keluarga Illuminati, pada bulan Jun tahun lalu telah menukar agama, dan memilih Islam sebagai agama barunya. Kemudian dia nekad melakukan counter attack terhadap Illuminati. Sewaktu beliau masih sebagai anggota keluarga Illuminati, Dia mempunyai banyak pengalaman mengikuti berbagai upacara ritual yang menakutkan, upacara ilmu hitam(sihir jahat), pengendalian fikiran (mind control) dan penyeksaan yang dilakukan di dalam lingkungan Loji tertutup.

Pada setiap hari Sabtu dia akan menyimpan nama-nama anggota Freemasonry yang didaftarkan pada peringkat tertinggi yang dipanggil sebagai Illuminati Confessions, mereka menyatakan persediaan berperang melawan para pengikut syaitan Illuminati. Di samping melakukan kawalan secara ketat, Zagami juga memberikan nombor telefon peribadi untuk menjawab berbagai pertanyaan penting mengenai ketulusannya melakukan hal tersebut.

“Zagami menjelaskan bahawa sekarang adalah akhir zaman, dan ini bukan main-main, tegasnya, Hal itu disampaikannya pada tanggal 3 Januari 2007 dalam sebuah wawancara di tempatnya.

“Perlu diingat bahawa akan terjadi perubahan posisi kosmik pada 21 Desember 2012, dimana situasi itu memerlukan waktu 6 tahun kepada kita untuk mempersiapkan diri…

Jadi, sebaiknya waktu itu dipersiapkan diri kita masing masing, kemudian semuanya bangkit melawan Illuminati dan memertahankan hak kita di bawah perlindungan dari Allah s.w.t sebelum Illuminati mengambil mengambilalih dan memulakan penganiayaan terhadap orang-orang beriman. …

Siapkan senjata kamu untuk mempertahankan keyakinan atau kita juga akan hancur binasa. Ini perang melawan Syaitan, jadi, wahai penduduk bumi belah Barat, (termasuk di Timur juga) sedarlah, atau kamu akan bangun dari mimpi buruk di pagi hari bulan Desember 2012.

“Mulai tahun 2010 Anda akan mula merasai perubahan suasana secara besar-besaran, akan tetapi pada tahun 2012 anda akan melihat dengan jelas berakhirnya peradaban ini dengan mata kepala kita sendiri …

Akan terjadi menyeluruh PENAZIAN negara-negara Barat pada tahun 2010, sebelum itu ekonomi akan mula jatuh ke tahap yang teruk yang kesannya akan dirasakan setiap orang. Kemudian ketegangan sosial akan memuncak ketahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan pada akhirnya menjadi konflik dalaman pada tahun 2012, iaitu PERANG SAUDARA”

“Apakah anda bersedia mati untuk Allah dan dengan keyakinan agama Islam untuk melakukan perubahan positif untuk dunia, ataukah anda semua hanyalah sekumpulan pengecut yang berada di bawah kekuasaan syaitan, atau hanya tahu cakap saja dengan tidak ada bukti nyata”


Zagami, sebagai mantan anggota the Comitato Esecutivo Massonico - Masonic Executive Committee (MEC) of Monte Carlo, beliau juga sebagai anggota Freemasonry tingkat 33, dan sebagai salah seorang pimpinan dalam kelompok Loji setan P2 (Propaganda 2) Freemasonry. Dia adalah seorang “pemimpin” yang dipersiapkan untuk mengambil alih pimpinan Illuminati dari “raja” Licio Gelli yang sudah tua.

Illuminati layaknya seperti kumpulan-kumpulan besar. Tiada masalah jika keluarga Chicago, London atau New York yang melakukan tugas. Mereka merupakan lingkaran keluarga yang hidupnya diabadikan untuk kepentingan tujuan yang sama, iaitu menguasai dunia dengan sistem Luciferian.

Mari kita lihat pementasan karya Illuminati


Zagami menjelaskan bahawa dunia kini merupakan pertunjukan boneka global yang di kendalikan oleh tangan-tangan manusia idiot, yang tidak pernah berubah cara hidupnya selama berabad-abad di bawah naungan ajaran Lucifer.


Kata Zagami, mereka bekerja bersama-sama, termasuk Hugo Chavez yang dengan sungguh-sungguh membantu melaksanakan agenda Bush dengan penampilan theatrical nya. Chavez dikendalikan oleh Vatican dan bekerja untuk The New World Order sebagaimana juga dilakukan oleh hampir semua pimpinan pemerintahan dan agama-agama di dunia.


“Begitulah cara mereka bekerja bersama-sama di lapisan atas untuk satu tujuan yang mereka fikir merupakan suatu cover-up yang sempurna. Wahabi atau Wahibi [the Saudis] diciptakan oleh Zionis dan teman-temannya. Tentu saja Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam) juga berada dibelakang pimpinan Iran dan pimpinan Perlawanan Iraq . Semuanya panggung sandiwara untuk mengelirukan orang-orang awam.

“Pertunjukkan yang dicanang oleh pertubuhan rahsia” dan Ahmadinejad di kenali sebagai pengikut aliran syaitan yang tidak jelas hubungannya dengan Islam”.
Dia juga mengatakan bahawa konflik Putin dengan Rothschild hanyalah sebuah “permainan”. Putin juga dikendalikan oleh Illuminati.

Zagami menentang bekas kawan-kawan beliau yang merupakan anggota Freemasonry penyembah syaitan dan pengamal ilmu hitam, para penipu, untuk berdialog secara terbuka. Untuk menguasai rakyatnya sendiri, para Aristokrat Eropah dalam melaksanakan pemerintahannya selalunya dibantu dengan sorcery dan black magic, serta kekuatan syaitan. Mereka belajar ilmu syaitan ini dari Guru-gurunya di Rome yang diambil ilmunya dari Yunani, Mesir, Sumeria yang tidak pernah berhenti melakukan penipuan terus menerus terhadap umat manusia.

Selanjutnya dikatakan bahawa G.W. Bush adalah anak “orang paling berkuasa di Illuminati dan dia dididik bapanya serta CIA untuk menjadi seorang boneka. Antichrist Vatican Zionist, dan tidaklah menjadi masalah bagi Illuminati, apakah ia menjadi presiden atau tidak, kerana keluarga Bush akan selalu tampil berperanan sebagai pemimpin keadaan. Ingat tokoh setan Anton LaVey, pendiri Gereja Syaitan dan pengendali perang pemikiran CIA adalah teman dekat George H. Bush, mereka bersama-sama merencanakan untuk menjadikan anaknya iaitu George W.Bush sebagai pengikut syaitan, untuk melakukan peranan penting apabila datangnya Era Syaitan setelah 11 September 2001. Dan kejadian tersebut dirancang rapi sejak lama dulu, sewaktu Anton LaVey masih hidup.


“Saat ini hampir semua ajaran agama dirosakkan dari dalam oleh Illuminati, termasuk Islam, Yahudi, Evangelis, Kristian, semuanya di kuasai secara rahsia oleh Freemasonry, knight templar, dan Jesuit. Jadi dialog antara agama secara murni pun sangat mustahil untuk dilakukan.

Leo Zagami menanggap dirinya sebagai "the last idealist in the Illuminati." Dan mengatakan bahawa Ia memimpin pemberontakkan terhadap Illuminati dan cukup memperoleh sokongan dari rakan-rakannya yang sama-sama telah sedar. Adalah penuh harapan dalam situasi seperti waktu sekarang ini muncul seorang yang berani dan layak seperti Leo Zagami. Ingat, Illuminati selalu merancang huru-hara dan kemudian mereka juga menjadi juru selamat. Umpama mereka menghantar virus mungkin seperti H1N1, dan mereka juga akan berperanan sebagai penyelamat.

Konspirasi Dunia - Artis-artis Illuminati

Untuk menjayakan projeknya iaitu New World Order, Dajal memerlukan satu medium untuk melekakan manusia.Medium itu adalah hiburan. Sepertimana yang kita semua lihat pada hari ini industri hiburan berkembang pesat dan telah banyak mempengaruhi muda-mudi di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Inilah New World Order- Lupakan akhirat, lebihkan dunia. Kebanyakan artis-artis Hollywood adalah artis Illuminati. Ini adalah salah satu rancangan dajal untuk 'brainwash' kita. Mesej-mesej dalam lagu tu ada maksud tersembunyi.



Jaz-Z


Kanye West


Madonna

Ini hanya sebahagian artis Illuminati. Bukan hanya di Hollywood tetapi di seluruh dunia. Ada juga artis yang menentang Illuminati, contoh terbaik Bob Marley. Beliau adalah artis yang menentang Illuminati melalui lirik lagunya. Tetapi beliau akhirnya mati dibunuh oleh konco-konco dajal. Bagi artis yang menentang Illuminati, mereka akan dibunuh ataupun dijatuhkan reputasi mereka.



Micheal Jackson juga telah dibunuh oleh 'mereka'

Konspirasi Dunia - Lagu Alejandro By Lady Gaga

All Seeing Eye Symbol


Terdetik hasrat dihati untuk menyiasat perkembangan terbaru Lady Gaga yang seperti kita sedia maklum mengenai penglibatannya sebagai penyampai dan perkaitanya dengan pertubuhan rahsia illuminati. Video klip terbarunya yang bertajuk alejandro telah pun berada di segenap alam maya dan telah di siarkan di serata dunia. Terdapat banyak kontroversi mengenai video ini. Di sebabkan terdapat beberapa elemen yang seperti all seeing eye dan tidak kurang juga boleh dikelaskan sebagai video clip yang agak lucah. Oleh kerana niat dihati untuk melakukan kajian saya mainkan juga video ini untuk cuba mencari mesej-mesej yang tersembunyi di sebalik klip video. Seperti yang dijangka. Terdapat banyak perkara yang dapat kita saksikan didalam video yang telah membuktikan bawah lady gaga adalah Illuminati puppet. Rujuk artikel yang lalu mengenai artis-artis illimuniti.Klik Disini.Video yang telah mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ini lebih berani dan mengandungi banyak simbolik serta sub conscious message.

Pada videonya kali ini terdapat suatu mesej yang cuba disampaikan oleh lady gaga. Terdapat sub conscious message yang jika hanya sekadar mendengar lagu berkemungkinan tidak banyak perkara yang akan kita tahu. Baiklah kita akan mula membedah dan menganalisa dari permulaan video klip lagu Alejandro oleh Lady Gaga sehingga selesai. Sekadar berkongsi, buka n hanya melihat menggunakan mata tetapi gunakan juga minda dan akal yang diberi oleh Illahi, EnsyaAllah pasti kita akan dapat melihat disebalik penipuan dan kesesatan yang telah diatur oleh musuh-musuh Allah dalam menyesatkan kita semua.

Video dimulakan dengan sekelompok lelaki membuat beberapa formasi dan beberapa orang dari mereka memakai sarung bagi menutupi kepala. Berkemungkin mengisyaratkan bahawa mereka itu adalah orang-orang tahanan. Salah seorang lelaki-lelaki berada didalam bentuk piramid sementara tahanan yang lain berbaris dalam bentuk hexagram.

"I know that we are young. And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas itu diteruskan pula dengan proses pemakaman . Perarakan membawa keranda yang dapat kita lihat dimana terdapat lady gaga berada di hadapan dengan mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) . Apa itu Sacred Heart?. Sacred Heart adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan agama kristian). Kenapa saya katakan Sacred Heart? Cuba anda perhatikan gambar yang dipaparkan. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa tetapi jelas kelihatan terdapat paku dan dawai yang dililit (simbolik). Ia tidak jauh beza dari Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus). Untuk mengetahu lebih lanjut sila Klik Disini.

"But I just can't be with you like this anymore, Alejandro". Siapakah Alejandro? Adakah Seorang lelaki yang lady gaga tidak dapat hidup bersama? Kemudia dia curang dan mencari Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Pada pengamatan lirik itu terdapat second layer answer. Alejandro bukanlah seorang lelaki. Kalau kita hanya mendengar lagu tanpa menonton video ini pasti kita tidak akan dapat menangkap apa yang di maksudkan. Gambaran video ini jelas menyatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam. Jadi kalaulah Alejandro bukan manusia. Apa dan siapa sebenarnya Alejandro?.

Kemudian kita dapat lihat lady Gaga berada didalam kedudukan sebagai seorang ketua yang memiliki kuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Lady Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus ia mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat yang sejati dari kekuatannya.

Selepas itu ada sebuah lagi adegan yang penuh simbolik dimana seorang tentera dipaparkan beraksi seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang yang sedang mengawal dirinya. Atau dengan bahasa yang lebih mudah, kita gunakan istilah 'mind-control slave' . Apa yang kita lihat tentera tersebut tidak mampu mengawal pergerakan sendiri hanya memegang senjata di kemaluannya. Wajahnya kelihatan tampak kosong, seperti seorang hamba yang bingung dan segala pergerakan di kawal oleh Lady Gaga.

Dalam adegan selanjutnya, Lady Gaga sedang baring dengan memakai red latex suit yang digunakan oleh biarawati(Kristian) dan memegang tasbih . Dalam paparan ini kita dapat melihat lady gaga memandang kelangit sambil menyanyi atau dengan kata lain berseru dengan kata-kata ini: "Stop,please, just let me go, Alejandro". Sebaik saja dia menyebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi kita boleh lihat dengan jelas bahaya Alejandro yang disebut-sebut merujuk kepada tuhan bukannya manusia.

"She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, around you."

Maksud lirik ini pula. A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger (cincin kawin) bermaksud penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tetapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan.

Selepas sahaja lirik itu. Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan pun bermula. Kerana Tuhan kelihatan tidak memenuhi keperluan lady Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan melakukan spirituality yang baru dalam mencari agamanya yang baru. Dalam video ini lebih menunjukkan bahawa Lady Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

Saya berani katakan lady gaga menjadi paderi syaitan disebabkan oleh jubah Gaga seperti di atas. Terdapat banyak sekali simbol salib yang terbalik .

Ini menunjukkan bahasa simbol yang jelas tanpa kita ragukan. Seperti yang kita sedia maklum salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross of St. Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti penganut Kristian yang lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila Klik Disini.

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan dan ritual memuja dan menyeru syaitan.

“In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power, Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed."|Manly P. Hall|

Waktu ini lirik yang dinyanyikan menunjukkan lady gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan. Don’t bother me, Don’t bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name, Don't call my name, Bye Fernando.I'm not you're babe, I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Menjulang seperti mengagungkan Lady Gaga, menyambut kedatangan Lady Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Selepas itu Lady Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya. Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan didalam tradisi Katolik untuk berdoa dan bermeditasi. Didalam Islam sendiri terdapat tasbih. Tasbih juga melambangkan simbolik keagamaan diantara manusia dan penciptanya. Jadi dengan menelan tasbih, Lady Gaga mengambarkan penggabungkan dalam dirinya sebagai simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud memperlihatkan Lady Gaga dalam usaha untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keillahian dengan cara sendiri. Itu adalah prinsip yang dibawa oleh Lucifer .Di sini Jelas menunjukkan bahwa Lady Gaga bukanlah penyembah tuhan tetapi Lucifer.

I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Sewaktu menyebut perkataan Fernando, Lady Gaga membuat simbol tangan seperti ini(yang merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Adakah anda merasakan bahawa Lady Gaga membuat simbol itu tanpa ada apa-apa maksud tersendiri. Mari kita sama-sama fikirkan ia.

Didalam keratan Video klip ini anda juga dapat melihat di belakang Lady Gaga terdapat salib, Di sini kita lihat bahawa Lady Gaga telah menghina agama Kristian secara terang-terangan dan kemudianya dia meneruskan nyayian dengan mengulang lirik ini: "Don't call my name, Don’t call me Name Bye Fernando (Jesus)"

Dan di akhir video ini Diperlihatkan Lady Gaga muncul bersama strings. Pada mulanya Lady Gaga mengawal askar dan diakhir video ini menunjukan Lady Gaga pula di-kawal, Persoalannya disini siapakah yang mengawal Lady Gaga. Siapakah dalang disebalik semua ni ?

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan penuh dengan sub conscious. Boleh jadi pelbagai perkara yang mahu disampakan oleh “mereka”. Apapun ia bergantung kepada pengetahuan si pemerhati serta sudut pandangan pada diri masing-masing. Namun demikian, pada pendapata saya rasanya bahagian-bahagian video Alejandro ini mudah untuk di tafsirkan dengan jelas tidak perlu mengkaji terlalu dalam seperti video-videonya yang terdahulu Telephone dan Bad Romance. Jadi apa yang Lady gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Apa yang boleh kita lihat dalam video klip terbarunya lady gaga menolak iman Kristian secara terang-terangan dengan memanipulasikan simbol dan mengetengahkan suatu perkara yang lain iaitu agama penyembah syaitan, mungkin suatu hari dia akan berani Menghina Al-Quran dan Islam?

Lady Gaga membawa bersamanya kesemua agenda illuminati dan yang membuatkan saya berasa hairan mengapa kita terpukau dan lagu-lagu dia menjadi nyayian dan siulan kita semua. Namun saya yakin ramai yang dah mula berasa ragu-ragu dan was-was kepada Lady gaga dalam setiap video clip yang dipaparkan. Nasihat yang diberti hentikanlah mendengar lagu Gaga kerana tidak mustahil suatu masa nanti dia akan dan cuba menyelitkan lirik yang akan menghina islam yang kita sayang ini mungkin ada liriknya akan berbunyi La-la-la Allah(Tiada Allah) kerana kita sebagai manusia sentiasa lalai. Tanpa iman, mungkin kita turut akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanyalah lagu) dan pada saat itu, apa akan jadi ? Ya Allah, lindungi kami dari tipu daya syaitan dan sekutunya.

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" |Qs. Al-Isra':36|

Konspirasi Kematian Michael Jackson

Konspirasi Kematian Michael Jackson Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

Dialihbahasa oleh http://beautifulnara.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Elf Coupons