Konspirasi Bola Sepak Dunia (World Cup)




Salamua'laik,


Kalian sudah puas dengan keputusan Piala Dunia yang baru lepas? Baiklah, kini kita tumpukan perhatian kita berbalik kpd kajian konspirasi 'kebetulan' semula. Terima kash kpd saudara Rijal82, JTR, BradoKapakdan beberapa lagi pengkaji konspirasi lain atas pendedahan awal mereka mengenai Piala Dunia yang lepas.


Mavi Marmara diserang, satu dunia menumpukan mata pandangan ke
Gaza lalu meninggalkan Bilderberg melakukan mesyuarat secara senyap. Terima kasih kpd IbnuYaacob.com yang mendedahkan hal mengenai mesyuarat ini. Mavi Marmara kemudian ditinggalkan kita lalu terbanglah kita keawangan menuju ke Afrika Selatan melihat dan 'memuja' kehebatan ciptaan Tuhan yang juga kebanyakan drpd mereka adalah anti-Tuhan.
Para pengkaji konspirasi telah mendedahkan logo Piala Dunia yang berbentuk kepala Horus dan bola yang digunakan ketika Piala Dunia (Jabulani) yang menyamai lambang Jahbulon. Jahbulon adalah ALAT sembahan Freemason yang dihasilkan drpd gabungan triniti Jehovah, Ba'al dan Osiris. Para saintis terhandal dunia telah membuat beberapa siri kajian supaya bola kesayangan mereka itu menjadi bulatan yang sempurna dan menjadi rebutan dan kesayangan para 'pahlawan' atas padang. Perancangan mereka tidaklah selengkap perancangan Allah. Sepanjang kempen Piala Dunia, 'kesempurnaan' Jabulani telah memberi banyak masalah kepada para pemain dan memaksa Adidas (pengeluar) menghantar bintang-bintang mereka (Ricardo Kaka, Petr Cech, Oliver Kahn, Michael Ballack dan beberapa pemain lain) mempertahankan Jabulani.


Tanpa kita sedari, upacara pembukaan Piala Dunia juga sebenarnya dipenuhi dgn upacara sembahan 'dewa' mereka (saya tidak berkesempatan menyaksikan upacara pembukaan. bahagian ini diceritakan kpd saya melalui gambar-gambar dan penerangan-pe.erangan yg disiarkan di laman BBC. maaf jika ada sebarang bahagian yg salah)

Upacara dimulakan dengan persembahan penyanyi Afrika dengan bunyian gendang dan alat-alat muzik yg lain. Persembahan ini dipanggil "The Calling". Siapa yang mereka panggil?


Mungkin ini yg mereka panggil utk masuk ke tengah padang dan menjadi perhatian dunia.. [BBC: A giant human-powered dung beetledribbles an equally large Jabulani around the pitch to the delight of the fans in the stadium]

Upacara pembukaan diteruskan dengan beberapa krew mengangkat kumbang (Dung Beetle) yang menolak masuk Jabulani ke tengah pentas persembahan/padang. Kumbang juga merupakan salah satu unsur penyembahan firaun mesir kuno. Manusia/kita mengangkat kumbang tersebut dan kumbang tersebut mengangkat Jabulani ke tengah perhatian dunia supaya menjadi tatapan dan pujian semua.


Penyanyi terkenal Hollywood (ejen mata satu terhebat), R Kelly bersama Soweto Spiritual Singers, penyanyi gereja Afrika menyanyikan lagu'Sign of a Victory' sebagai tanda kemenangan mereka menjauhkan perhatian dunia drpd isu-isu yg jauh lebih penting.



Peta Afrika dilakarkan ditengah padang diperhatikan seluruh masyarakat dunia. Sememangnya tumpuan kita tertumpu disana!




[BBC : A smoking calabash, depicting the stadium design is featured during the opening ceremony]

Mereka diluar stadium (the Hidden Hand) menggunakan kita semua dgn 'membakar' kita dalam kawah berapi besar (stadium) dalam upacara penyembahan matahari mereka! Pembinaan stadium Soccer City, Johannesburg berbentuk kawah berapi disertai dgn bahagian dalaman yg diwarnai dgn warna api.




Sepanjang kempen Piala Dunia, kita disajikan dengan kehebatan sotong Paul menyesatkan umat Islam. Dengan senang kita menerima Paul dan pasangannya Pauline dari Jerman dengan mengiakan kehebatan mereka. Sotong (dalam bahasa Jerman dipanggil Krake) memang sudah sinonim dengan mitos Kraken, sotong gergasi di tengah lautan dalam yang menghancurkan kapal-kapal besar. Sudah terang lagi bersuluh, sotong Jerman tersebut memang disediakan awal-awal bagi memecahkan buih-buih di lautan. Bukankah nabi sudah berpesan, umat Islam akhir zaman hanya ibarat buih-buih di lautan? Jika anda rain perhatikan laman web-laman web yang menyiarkan berita bola sepak sepanjang kempen Piala Dunia, anda sebenarnya dapat mengagak bahawa pemenangnya memang sudah dipilih awal-awal lagi...

Allahua'lam...


P/s: Astargfirllahalazim..sungguh mudah umat islam ditipu oleh mereka. Korang tolong lar bace dan fahami tentang konspirasi dajjal nih. Kalau korang raijnkan search tentang konspirasi dajjal nih, korang akan tau banyak pembohongan yang dilakukan oleh pengikut-pengikut dajjal ni untuk menyesatkan umat Islam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Elf Coupons