Piala dunia telah tamat!
Setelah sebulan dipromosikan di seluruh dunia dengan bunyian Vuvuzela yang membingitkan, penduduk dunia kembali ke fitrah asal mereka. Tiada ‘qiamulail’ di kedai mamak, tiada lagi bangun lewat dan cuti sakit mengejut!
Sedar atau tidak, kisah Mavi Marmara yang menjadi fenomena dunia sebelum ini semakin hilang di hati umat Islam. Jika dulu demonstrasi diadakan, kutukan dan cemuhan, kini semua itu lenyap dan digantikan pula dengan sorakan gol di depan televisyen.
Itulah percaturan Si Hidden Hand di luar sana. Begitu mudah ‘beliau’ menguasai dunia. Termasuklah di Piala Dunia ini! Apa konspirasinya itu? Bacalah sehingga ke selesai ya..
ADA KE KONSPIRASI DAJJAL DALAM PIALA DUNIA 2010?
Ada konspirasi? Sama-sama kita perhatikan apa yang dikaji oleh pengkaji-pengkaji konspirasi dunia ini. Fakta-fakta ini saya ambil dari blog JTR dan Free Our Mind untuk dikongsi dan disebarkan.
BOLA JABULANI DAN LOGO WORLD CUP 2010
Bola pun ada mesej tersirat ke? Mengikut kajian mereka (pengkaji tanda Dajjal), mereka telah menjumpai mesej tersembunyi itu di sebalik bola dan logo World Cup 2010. Lihat gambar di bawah dan perhatikan..
JABULANI = JAHBULON
JAHBULON adalah satu acara ritual yang diamalkan oleh golongan Freemason. Jadi, penggunaan nama ritual mereka ini telah ‘ditanam’ dalam nama bola rasmi World Cup 2010 dengan nama Jabulani. Secara tidak langsung pengaruh Freemason telah diserap ke seluruh dunia.
Perhatikan pula logo Piala Dunia 2010..
Ternyata konspirasi Zionis dan Dajjal telah menjajah semua penduduk dunia sehingga lupa tentang perjuangan yang hakiki. Persoalannya, apa yang perlu kita lakukan untuk menghalang konspirasi ini? Saya tak mampu untuk menjawabnya..
Info lanjut tentang konspirasi Dajjal dalam Piala Dunia 2010 yang lalu, bolehlah klik di blogJTR dan Free Our Mind. Saya hanya membantu menyebarkan berita ini sahaja..
Boleh kongsikan apa langkah sepatutnya untuk kita lakukan dalam menghadapi fitnah Dajjal yang ramai yang tidak mengetahui ini?
FITNAH AL-MASIH DAJJAL!
0 comments:
Post a Comment